Bekas Tahanan: Penjara Israel Macam Neraka

Bekas Tahanan Penjara Israel Macam Neraka

Bekas Tahanan: Penjara Israel Macam Neraka

“Selamat datang ke neraka,” itulah kata-kata yang dilontarkan seorang pegawal penjara rejim Israel kepada penduduk Palestin.

Demikian diceritakan oleh Fouad Hassan, salah seorang tahanan Israel ketika beliau di bawa ke penjara Megiddo, di Israel pada 5 November lalu.

Walaupun hanya ditahan beberapa hari, kata-kata itu masih segar dalam ingatannya.



Memang benar penjara itu bagaikan neraka.

Fouad Hassan menyaksikan sendiri bagaimana tahanan Palestin diseksa dengan kejam oleh tentera penceroboh Israel.

Setiap tahanan pasti mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk penyeksaan.

Ada yang terpaksa menderita pelbagai jenis penyeksaan sebaik ditahan sehinggalah disumbat ke dalam sel tahanan, menurut Agensi Berita Palestin (WAFA).



“Ia tragedi yang amat dahsyat yang pernah saya alami,” katanya menerusi rakaman audio yang dihantar kepada WAFA.

Beliau yang berasal dari daerah Qasra, wilayah Nablus, Tebing Barat.

Patah tiga tulang rusuk akibat dipukul pengawal penjara hanya kerana enggan mencium dan mengibar bendera Israel.

Menurut Fouad, ada tahanan yang patah kaki dan cedera di tangan akibat digigit anjing.



“Semua hanya kerana keengganan kami cium dan pegang bendera Israel sambil gambar mereka dirakamkan,” katanya.

Penyeksaan yang sungguh tidak berperikemanusiaan turut dikongsi keluarga Moaz Amarneh.

Moaz adalah wartawan Palestin yang hilang mata kiri akibat ditembak penembak tepat Israel semasa sedang membuat liputan pada tahun 2019.

Beliau ditangkap bersama sembilan rakyat Palestin lain dalam satu operasi runtin tentera Zionis di Bethlehem, Tebing Barat pada 16 Oktober lalu.



Beliau kini ditahan di penjara Megiddo.

“Tentera Zionis sengaja memukul kepala Moaz”.

“Mereka bukan tidak tahu kecederaannya tapi sengaja memukul kepalanya”.

“Mereka juga enggan hantar dia ke hospital mahupun memberinya ubat bagi redakan kesakitannya”.



“Peguam juga memberitahu, dia terpaksa tidur di atas lantai dalam bilik yang penuh sesak dengan tahanan lain,” kata keluarganya.

Berbeza dengan tahanan Israel yang ditahan oleh HAMAS.

Mereka mendapat layanan yang sangat baik dengan segala keperluan asas diberikan sebaiknya walau pun dalam serba kekurangan.

 



Bekas Tahanan: Penjara Israel Macam Neraka

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading