Kritikan Terhadap Kerajaan Semakin Lantang, Apakah PMX Terus Dalam Penafian?

Kritikan Terhadap Kerajaan Semakin Lantang, Apakah PMX Terus Dalam Penafian

Kritikan Terhadap Kerajaan Semakin Lantang, Apakah PMX Terus Dalam Penafian?

Keluhan rakyat terhadap kompetensi Kerajaan Perpaduan menyelesaikan masalah kos sara hidup semakin jelas kedengaran.

Malah jawatan penting untuk menerajui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup masih lagi belum diisi.

Sedang Allahyarham Salahuddin Ayub sudah 5 bulan meninggalkan kita semua.

Apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri hanyalah sekadar memberikan ‘gula-gula’ untuk menutup sementara mulut rakyat.



Reformasi institusi yang dijanjikan masih lagi belum terlaksana, malah ianya dilihat seperti hangat-hangat tahi ayam.

Sudah bersihkah badan kehakiman kita?

Bagaimana dengan pemisahan kuasa pendakwaan dari Peguam Negara, adakah ianya sudah terlaksana?

Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Tommy Thomas yang kononnya sudah dipersetujui oleh kabinet hingga sekarang masih tidak ada khabar berita.



Kezaliman ke atas DS Najib Razak masih terus ‘direstui’ oleh Kerajaan Perpaduan.

Dari sudut ekonomi, Anwar yang berulang alik ke luar negara sudah beberapa kali mengumumkan ‘kejayaan’ beliau menarik pelabur asing.

Berbilion-bilion ringgit dikatakan sudah dapat dibawa masuk.

Tetapi berapa nilai sebenar yang telah benar-benar dibawa masuk ke dalam negara?

Apakah persetujuan dari pelabur luar itu sudah disusuli dengan perjanjian kerjasama atau sekurang-kurang ada memorandum persefahaman ditandatangani.

Ekonomi dikatakan semakin baik, kadar inflasi didakwa semakin menurun, tetapi ironiknya harga keperluan harian semakin melangit.

Apa penjelasan kerajaan?

Penulis bukanlah penyokong Perikatan Nasional, tetapi penulis bimbang melihat populariti Kerajaan Perpaduan yang semakin merudum.

Lebih membimbangkan, setiap penjelasan dari pemimpin politik kerajaan terhadap keresahan rakyat hanyalah penjelasan yang bersifat retorik.

Nasihat penulis, jangan terperangkap kepada nikmat kuasa yang akan menjerumuskan kerajaan kepada sindrom penafian.

Kritikan Terhadap Kerajaan Semakin Lantang, Apakah PMX Terus Dalam Penafian?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker