Remaja Mengaku Tidak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

Remaja Mengaku Tidak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

Remaja Mengaku Tidak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

Remaja lelaki yang dipercayai cuba melakukan rompakan terhadap pemandu e-hailing Isnin lepas, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majisret Sungai Petani hari ini.

Tertuduh yang berusia 13 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan majistret Khairatul Animah Jelani.

Remaja terbabit didakwa cuba melakukan perbuatan merompak terhadap Lee Ang Hie, 65 tahun.



Lokasi kejadian di kawasan tepi jalan Taman Keladi, Sungai Petani kira-kira jam 6 petang pada 27 Nov lalu.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mahkamah membenarkan remaja itu diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.



Mahkamah juga menetapkan 17 Jan depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.

Pendakwaan dikendalikan timbalan pendakwa raya Amirul Halimi Md Salleh.

Sementara Duratul Ain Mahmud Morshidi dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan bertindak mewakili remaja itu.

Anak sulung daripada empat beradik itu hadir ke mahkamah dengan diiringi ibu bapanya.



Sebelum ini tular satu klip video yang memaparkan tindakan seorang remaja cuba menikam pemandu e-hailing.

Ia dipercayai sebagai cubaan samun dalam kenderaan di Taman Keladi di sini Isnin lepas.

Pemandu e-hailing yang merupakan warga emas berusia 65 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Beliau sempat menggigit tangan remaja berkenaan dan merampas pisaunya sebelum remaja itu melarikan diri.



Remaja itu ditahan kira-kira dua jam selepas laporan polis dibuat oleh mangsa.

Remaja Mengaku Tidak Bersalah Cuba Rompak Pemandu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading