Lima lelaki bunuh guna pedang dipenjara 36 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Lima lelaki bunuh guna pedang dipenjara 36 tahun
Lima lelaki dipenjara 36 tahun kerana membunuh di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

Perbuatan kejam lima individu termasuk dua beradik membunuh seorang lelaki dengan pedang tujuh tahun lalu berbalas apabila mereka dikenakan hukuman penjara 36 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed memerintah hukuman itu terhadap Zahaman Fairol Awang, 37, dan adiknya, Mohd. Rizalman, 34.



Turut dijatuhi hukuman sama ialah Mohd. Hafify Mat Nawi, 28, dan abangnya, Mohd. Uwais, 29, serta Aizz Amidie Aziz, 30, setelah pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan di akhir kes tersebut.

Lima sekawan itu didakwa membunuh mangsa, Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der yang ketika kejadian berusia 22 tahun di tapak pasar tani Kampung Pengkalan Nyireh, Kampung Raja, Besut antara pukul 4.40 dan 5.15 petang, 21 Jun 2017.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali jika tidak dijatuhkan hukuman mati,

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button