‘Jangan buat spekulasi sampai kaitkan istana’

Oleh – Syeikh Baran


‘Jangan buat spekulasi sampai kaitkan istana’
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian serangan melibatkan tiga pemain bola sepak kerana dikhuatiri boleh menganggu siasatan.

“Jangan timbulkan spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan termasuk mengaitkan dengan ‘istana’,” kata beliau.



Menurut Razarudin, sehingga kini Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian yang menimpa Akhyar Rashid, Faizal Halim dan Safiq Rahim.

Beliau turut menyangkal dakwaan yang dibuat segelintir pihak tidak bertanggungjawab di media sosial seolah-olah mengetahui motif kejadian itu sehingga mendatangkan fitnah.

“Bila ada yang menyebut kononnya ada pembabitan pihak istana dalam kes ini, ini adalah benda yang tidak sepatutnya berlaku. Ini disebabkan kita (polis) sendiri belum dapat motif sebenar.

“JSJ sedang bertungkus-lumus ke arah itu dan Pengarah JSJ (Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain) turun ke lokasi kejadian yang menimpa Faisal di Damansara,” katanya.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penutup Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini, hari ini.

Terdahulu, Mohd. Shuhaily dilaporkan berkata, siasatan polis mendapati corak serangan ke atas tiga pemain bola sepak di Selangor, Terengganu dan Johor itu mempunyai persamaan.

Hasil siasatan mendapati ketiga-tiga serangan berlaku selang dua hari antara satu serangan dengan serangan seterusnya.

Serangan pertama melibatkan pemain Terengganu FC, Akhyar Rashid pada malam Khamis lalu sehingga menerima enam jahitan di kepala dan tapak kaki.



Kes kedua membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang mengalami kecederaan akibat melecur tahap empat di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Seroang lagi pemain yang menjadi serangan pihak dikenali ialah pemain JDT Safiq Rahim selepas keretanya dirosakkan dengan tukul.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button