In life, the show must go on – TMJ

Oleh – Syeikh Baran


In life, the show must go on – TMJ
Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail seperti beri gambaran yang aksi Piala Sumbangsih antara Harimau Selatan dan Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim, malam esok wajar diteruskan.

“In life, the show must go on”, titah Tunku Mahkota Ismail menerusi laman media sosial Intagram miliknya sambil turut sertai tanda #thegameisrigged #whatcanyoudo.



Sekalipun tidak ditujukan kepada mana-mana pihak, rata-rata komen yang ditinggalkan lebih menjurus kepada keputusan Red Giants yang ambil keputusan tarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih.

Lewat malam tadi, Selangor FC dengan berat hati membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan Piala Sumbangsih 2024 yang telah lama kelab ini nantikan.

Selangor FC berpendapat keputusan itu dianggap wajar bagi menjamin keselamatan pemain selepas bintang utamanya, Faisal Halim jadi mangsa serangan simbahan asid.

Sebelum ini Liga Bolasepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk kekalkan perlawanan itu dan menolak permohonan Selangor FC untuk menunda perlawanan kerana sudah pun mendapat jaminan keselamatan daripada pihak berkuasa.



Daripada makluman MFL, Ketua Polis Johor Komisioner M Kumar mengumumkan bahawa seramai 1,500 anggota polis akan dikerah untuk bertugas, termasuk membuat kawalan dan pemeriksaan ketat pada perlawanan itu berbanding hanya 500 anggota pada kebiasaannya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button