Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

Bedilan Israel yang mengenai bangunan kediaman di kawasan kejiranan al-Tanour dekat timur Rafah di selatan Semenanjung Gaza.

Ianya dilaporkan telah meragut banyak nyawa orang awam.

Pendedahan itu berdasarkan maklumat eksklusif dan rakaman video yang diperoleh Al Jazeera dan disahkan oleh agensi berita Sanad.



Beberapa orang turut cedera dalam serangan yang membedil bangunan milik keluarga al-Jazzar di al-Tanour.

Imej yang dilihat oleh Al Jazeera menunjukkan serangan mengakibatkan kemusnahan meluas kesan tembakan.

Kelihatan juga usaha mencari dan menyelamat dilakukan oleh anggota pertahanan awam serta penduduk di kawasan itu.

Ketua Pengarah Pejabat Media Kerajaan di Gaza memberitahu Al Jazeera bahawa lebih 700 rakyat Palestin terbunuh di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.



Menurut Hamas, rundingan bagi menukar tawanan tidak akan diteruskan sehingga serangan Israel di Gaza berakhir.

Sabtu lalu, Israel menarik balik perundingnya dari Qatar apabila mendakwa Hamas melanggar syarat perjanjian gencatan senjata.

Secara keseluruhan sejak perang Israel-Palestin meletus pada 7 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 15,500 rakyat Palestin terbunuh.

Di pihak Israel pula merekodkan kira-kira 1,200 warganya terbunuh.



Gaza selalu digambarkan sebagai penjara terbuka terbesar dunia.

Namun dunia hanya memberi perhatian kepada wilayah itu apabila ia melancarkan roket ke Israel.

Persoalan yang sering timbul diminda kita, ketika rakyat Palestin semakin dizalimi, di manakah negara-negara Arab yang bersempadan dengan Palestin?

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading