Mayat Wanita Di Simen, Polis Buru 2 Warga Asing

Mayat Wanita Di Simen, Polis Buru 2 Warga Asing

Mayat Wanita Di Simen, Polis Buru 2 Warga Asing

Seorang lelaki warga asing ditahan, manakala 2 lagi sedang diburu susulan penemuan mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, lelaki yang ditahan berusia 53 tahun dan permohonan reman akan dibuat di Mahkamah Majistret Klang.

“Polis juga mengenalpasti dua suspek lelaki warga asing yang menyewa di rumah itu dan dipercayai terbabit dalam kes terbabit”.

“Polis kini sedang dalam tindakan mengesan kedua-dua suspek terbabit yang dikenali sebagai Ranjit Singh dan Mandeep Singh,” jelas Hussien.



Terdahulu, polis menerima satu laporan dari seorang lelaki tempatan pada 10.58 malam, 3 Disember memaklumkan terdapat mayat di dalam kolah mandi bilik air rumah miliknya.

“Siasatan mendapati, pengadu pernah menyewakan rumahnya di Kampung Pendamar, di sini kepada dua lelaki warga asing”.

“Rumah itu disewa selama dua tahun bermula Ogos 2019 hingga Oktober 2021”.

“Sebelum menyewakan rumah itu kepada orang lain pengadu membuat pemeriksaan di kolah mandi di dalam bilik air dan ia disimen”.



“Penyewa warga asing memberikan alasan air dari bangkai tikus mengalir masuk ke dalam kolah mandi itu”.

“Jadi, tanpa mengesyaki apa-apa, pengadu menyewakan rumah itu kepada penyewa lain”.

“Pada November lalu, pengadu meminta seorang lelaki warga asing membaiki bumbung rumah itu”.

“Semasa membayar gaji kerja pembaikan, lelaki berkenaan memberitahu pengadu terdapat mayat di dalam kolam mandi itu”.

“Tetapi lelaki yang memberikan maklumat itu sudah balik ke negara asal”.

“Jadi, bagi mengesahkan maklumat itu, pengadu membuat laporan polis”.

“Susulan itu, polis bersama bomba, unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Selangor ke lokasi kejadian”.

“Selepas simen di kolah mandi dipecahkan, satu mayat wanita dewasa ditemui dan dihantar ke Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat yang dijadualkan pada 6 Disember”.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” jelas Hussien.

Mayat Wanita Di Simen, Polis Buru 2 Warga Asing

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker