Warga Thai didakwa aktiviti persundalan

Warga Thai didakwa aktiviti persundalan

Warga Thai didakwa aktiviti persundalan
Lima wanita warganegara Thailand didakwa di Mahkamah Majisteret Bahau kerana melakukan aktiviti persundalan. – Foto BH/ABNOR HAMIZAM

JEMPOL: Lima wanita warganegara Thailand dijatuhi hukuman denda RM4,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret Bahau hari ini kerana melakukan aktiviti persundalan pada Oktober lalu

Semua tertuduh, Uraiwan Pranomsri; Plumchit Multongka; Weena Chitarka; Suthirak Machalerm dan Kanittha Udtib berusia antara 25 hingga 41 tahun membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan secara berasingan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan semua tertuduh, kira-kira jam 5 petang pada 18 Oktober, bertempat di sebuah premis di Bahau mencari langganan bagi tujuan persundalan.



Oleh yang demikian, semua tertuduh didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, semua tertuduh turut mengaku bersalah kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dengan bekerja sebagai tukang urut pada waktu, tarikh dan masa yang sama.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?


Justeru itu, semua tertuduh melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 yang boleh didenda tidak lebih daripada RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM1,000 setiap seorang bagi pertuduhan tersebut.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Farahidah Zool Beri, manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Roslaili Alias.

Warga Thai didakwa aktiviti persundalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker