BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional

Oleh – Basheer Mohammad


BERSATU bukan lagi 'Abang Long' Perikatan Nasional

Hari ini terbukti BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ dalam Perikatan Nasional. Tempat tersebut kini adalah milik PAS selepas kejayaan pada PRK Kemaman.

Dengan 43 kerusi Parlimen milik PAS berbanding 30 milik BERSATU (sebelum peralihan sokongan), ia menjadikan PAS parti paling dominan dalam Perikatan Nasional.

Begitu juga di peringkat negeri, PAS menguasai 150 kerusi DUN berbanding BERSATU yang hanya ada 23 kerusi dari keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri.



Pada PRN2023, PAS telah berjaya membuktikan penguasaan mereka apabila berjaya mengekalkan pentadbiran di 3 buah negeri dan melantik Menteri Besar dari PAS.

TANPA JENTERA PAS, BERSATU TIDAK BERDAYA TURUN KEMPEN

BERSATU bukan lagi 'Abang Long' Perikatan Nasional

BERSATU ternyata tidak berdaya untuk menang tanpa sokongan serta undi dari penyokong PAS. Hakikat ini perlu diakui pemimpin BERSATU kerana jentera PAS jauh lebih efektif dalam menjalankan tugas berbanding BERSATU.

Kejayaan Dato Seri Ahmad Samsuri mempertahankan kerusi Kemaman boleh dijadikan asas kepada PAS untuk terus mengambil alih tampuk Perikatan Nasional dari BERSATU.

Ini sangat penting bagi meyakinkan pengundi, Perikatan Nasional adalah sebuah parti yang tidak statik dan tepu dalam soal menghadapi cabaran Pra-PRU16.



PAS BAWA MAHATHIR TURUN KEMPEN, BERSATU HANYA ‘MAMPU PANDANG’?

BERSATU bukan lagi 'Abang Long' Perikatan Nasional

Membawa Tun Mahathir ke pentas kempen merupakan strategi terbaik PAS walau difahamkan ia tidak disenangi pimpinan BERSATU. Namun demikian, PAS berjaya menundukkan BERSATU apabila Mahathir turut berkempen bagi pihak PAS.

PAS tidak mempedulikan kisah silam Mahathir ketika bersama BERSATU dan memimpin Pakatan Harapan memenangi PRU14.

Apa daya BERSATU untuk membantah strategi PAS semasa kempen berlangsung? Pemimpin BERSATU seolah pasrah dengan kemahuan dan kehendak PAS dalam menyusun atur gerak kerja mana-mana pilihanraya.

Apatah lagi dengan keadaan BERSATU yang kini dikatakan berada dalam krisis konflik dalaman, sudah pasti Perikatan Nasional perlu dipimpin parti yang tidak bergelora dan konsisten poltiknya.

HILANG 5 SOKONGAN, BERSATU HANYA GANTUNG KEAHLIAN TIDAK BERANI PECAT

BERSATU bukan lagi 'Abang Long' Perikatan Nasional

Berbanding dengan BERSATU yang kehilangan sokongan 5 ahli Parlimen baru-baru ini, PAS masih kekal dengan 43 ahli Parlimen.

Sudah pasti apa yang dilakukan ahli Parlimen BERSATU menjadi tamparan buat Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Apa yang dilakukan BERSATU terhadap merka yang mengalih sokongan? Hanya berani menggantung keahlian sahaja dan bukan memecat terus mereka yang berbaut demikian.

Mengapa tidak berani mengambil tindakan pecat? Apa percaturan sebenar Muhyiddin dan BERSATU? Adakah ini sebahagian susun atur Perikatan Nasional bagi mengelirukan rakyat atau strategi untuk ‘menebuk atap’?

Apa yang jelas, BERSATU sudah tidak boleh mendabik dada dalam Perikatan Nasional dan kini nasib mereka bergantung kepada PAS.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker