Spa, pusat refleksologi tawar khidmat seks pelacur asing

Spa, pusat refleksologi tawar khidmat seks pelacur asing

Spa, pusat refleksologi tawar khidmat seks pelacur asing
Antara wanita yang ditahan Jabatan Imigresen Johor dalam serbuan ke spa dan pusat refleksologi, dipercayai menawarkan khidmat seks sekitar bandar raya Johor Bahru. – Foto Jabatan Imigresen

JOHOR BAHRU: Beberapa premis yang menjalankan aktiviti pelacuran warga asing dengan berselindung di sebalik perniagaan spa dan pusat refleksologi di bandar raya ini, diserbu Jabatan Imigresen.

Jenayah itu terbongkar menerusi serbuan dijalankan Bahagian Penguatkuasa Setia Tropika dan Bangunan Sultan Iskandar, Jabatan Imigresen Johor pada jam 4.45 petang semalam.

Pengarahnya, Baharuddin Tahir, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam yang mendakwa beberapa premis terbabit menawarkan khidmat seks.



“Serbuan juga dijalankan di restoran yang menggajikan warga asing tidak memiliki permit sah. Secara keseluruhan, seramai 47 individu ditahan, termasuk seorang wanita warga tempatan yang dipercayai majikan.

“Mereka yang ditahan berusia 21 hingga 58 tahun, membabitkan 35 warga Indonesia, termasuk 32 wanita, selain lapan wanita warga Thailand, dua warga India dan seorang warga Bangladesh,” katanya, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU bukan lagi ‘Abang Long’ Perikatan Nasional




Katanya, mereka didapati menyalahgunakan Pas Lawatan Sosial (PLS), Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 yang disyaki palsu.

Baharuddin berkata, siasatan dibuat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigeresen 1959/63 (Akta 155) dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

“Wanita warga tempatan itu pula ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta 155 kerana melindungi warga asing,” katanya.

Spa, pusat refleksologi tawar khidmat seks pelacur asing


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading