Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?

Oleh – Bakhtiar Omar


Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?

 



PRK Kemaman telah melabuhkan tirai dan keputusan telah diketahui. Tiada perubahan penyandang kerusi berlaku namun kejutan terjadi di peti undi.

Persoalannya, untung sabut atau untung batu bila berlaku PRK Kemaman buat Kerajaan Perpaduan bila kalah teruk di Kemaman?

Melihat fenomena di peti undi, jurang jumlah undi pada PRK ini sangat besar dan agak menghairankan. Barisan Nasional menerusi jentera kempen telah melaksanakan tugas dengan begitu baik tanpa mengira waktu sepanjang tempoh berkempen.

Untuk menuding kepada kelemahan jentera atau calon yang menyebabkan kenaikan undi berpihak kepada PAS adalah tidak relevan. Adakah ada unsur sabotaj dalaman serta dari luar yang berjaya disorokkan?



Apa sebenarnya faktor yang menyebabkan kekalahan dengan jumlah peningkatan majoriti kepada PAS begitu mendadak?

Kemana hilangnya undi Pakatan Harapan pada 2022 atau berlaku peralihan undi dari penyokong Umno kerana tidak yakin dengan kerjasama BN, PH sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan?

Ini antara persoalan pasca PRK Kemaman dan bagi memahami apa itu untung sabut dan batu, rujuk kepada angka-angka sebelum dan selepas PRK Kemaman.

Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?



  • Peningkatan pengundi 2023 berbanding 2022 hanyalah 1,620
  • Pada PRU15, jumlah undi BN -38,353, manakala undi PH – 8,340 
  • Jika dicampur undi BN, PH pada 2022 = 46,875
  • Undi rosak turun dari 1,288 (2022) kepada 478 (2023) = 810
  • Undi majoriti 2022 (PRU15) – 27,179
  • Undi majoriti 2023 (PRK) – 37,220
  • Perbezaan undi 2022 dan 2023 = 10,041 
  • Rujukan – Wikipedia Parlimen Kemaman

Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?

AHMAD SAMSURI BAKAL PMXI JADI BAHAN KEMPEN PAS, MUHYIDDIN RESTU?

Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?

Adakah kerana naratif yang disebarkan bahawa Dato Seri Samsuri bakal diangkat menjadi Perdana Menteri apabila Perikatan Nasional berjaya membentuk Kerajaan Pusat?

Dipercayai naratif itu mendapat kepercayaan yang begitu besar dari penyokong PAS dan mereka begitu yakin Pengerusi Perikatan Nasional tidak akan membantah jika benar PN mengambil alih Putrajaya dalam tempoh terdekat.

Malangnya, keadaan sebenar bukanlah seindah impian atau naratif yang disebarkan waktu berkempen. Samada pengundi Kemaman tidak sedar atau tidak tahu, sudah 5 ahli Parlimen Perikatan Nasional beralih arah dan menyokong PMX dan Kerajaan. 



Jika benar sekalipun Samsuri dinamakan sebagai bakal PMXI, adakah perkara tersebut telah dipersetujui Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional? Adakah GERAKAN setuju dengan cadangan tersebut? Atau PAS mendapat restu dari Tun Mahathir untuk menamakan Samsuri sebagai PMXI?

KERAJAAN BAKAL BERTUKAR DALAM TEMPOH TERDEKAT DAN ULANG KEMBALI KISAH 3 PM DALAM SEPENGGAL?

Pasca Kemaman, untung sabut atau untung batu buat Kerajaan?

Sebenarnya, naratif pertukaran Perdana Menteri seperti dimainkan dalam kempen PRK Kemaman sangat efektif dan terbukti berjaya.

Bagaimanapun, hakikat sebenar yang perlu dinyatakan, kempen sedemikian sebenarnya hanya akan menyebabkan pelabur serta rakyat semakin takut.



Takut akan berulang semula pertukaran kerajaan dan PM dalam tempoh sepenggal Parlimen seperti apa yang berlaku pada penggal Parlimen Ke-14.

‘Setitik nila akan merosakkan sebelanga susu’ akan menyebabkan keyakinan rakyat kepada mana-mana kerajaan akan luntur. Mereka menggangap ahli politik hanya mementingkan ‘tembolok’ masing-masing dan tidak mempedulikan rakyat yang sedang ‘berperang’ dengan keperitan ekonomi.

Jangan sampai rakyat tidak lagi meletakkan kepercayaan kepada sistem demokrasi yang telah membina negara selama hampir 7 dekad.

BERUBAH ATAU MENANTI REBAH?

Jelas sekali pada PRK Kemaman, rakyat menghantar isyarat kepada Kerajaan Perpaduan serta kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan bahawa kuasa rakyat jangan dipandang rendah.



Demokrasi Berparlimen merupakan kuasa rakyat yang paling ampuh bagi menentukan pembentukan sesebuah kerajaan buat masa ini.

Sama ada Kerajaan Perpaduan segera lakukan perubahan atau terus menggunakan ‘metafora’ untuk meyakinkan rakyat, ia akan ditunjukkan pada PRU16 akan datang.

Begitu juga dengan parti politik baik Umno, AMANAH atau PKR, apa yang berlaku di PRK Kemaman bukan perkara untuk dibuat eksperimen.

Undi rakyat serta kuasa rakyat bukan bahan ujikaji pada PRU16.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button