Suami isteri rugi lebih RM1.6 juta terpedaya pelaburan saham tak wujud

Suami isteri rugi lebih RM1.6 juta terpedaya pelaburan saham tak wujud

Suami isteri rugi lebih RM1.6 juta terpedaya pelaburan saham tak wujud

JASIN: Sepasang suami isteri yang juga pengarah syarikat ukiran kayu, kerugian lebih RM1.6 juta akibat terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi, berkata pada September lalu, wanita berusia 38 tahun itu tertarik dengan beberapa iklan pelaburan saham di platform berkenaan, sebelum dihubungi tiga individu menerusi tiga nombor telefon berbeza.

“Wanita berkenaan kemudian dimasukkan ke dalam tiga kumpulan WhatsApp berbeza berkaitan pelaburan dan menerusi medium itu, mangsa diberi penerangan mengenai seminar pelaburan saham, tips saham yang berpotensi dan nota tentang pelaburan saham, selain membincangkan isu semasa pelaburan saham.



“Selepas dua minggu berada dalam kumpulan aplikasi berkenaan iaitu sekitar Oktober lepas, wanita tersebut dan suaminya yang berusia 40-an diarah keluar dari kumpulan WhatsApp terlibat, untuk menjalankan latihan pelaburan saham dalam kumpulan WhatsApp baharu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jamil berkata kedua-dua mangsa, kemudian diarah memuat turun beberapa aplikasi di Google Playstore, selain membuat pindahan wang ke 19 akaun syarikat bagi tujuan pelaburan saham secara berperingkat, melibatkan pelaburan lebih RM1.6 juta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?


Beliau berkata dalam tempoh itu, pasangan suami isteri berkenaan menerima pulangan pelaburan sebanyak RM277,148 sebelum menyedari ditipu apabila mangsa menerima sijil initial public offering (IPO) dari China yang mencurigakan, selain terdapat kesilapan ejaan.

Ahmad Jamil berkata mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin pada 6.46 petang pada 30 November lepas dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.



Katanya orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dan tidak muda terpedaya dengan iklan pelaburan tidak sah dan menyemak nombor telefon atau nombor akaun yang diberikan suspek melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ atau memuat turun aplikasi ‘Semak Mule CCID’ di Google Playstore sebelum melakukan apa-apa transaksi. – BERNAMA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker