Bunuh warga emas: Suspek dituduh di mahkamah Selayang esok

Bunuh warga emas: Suspek dituduh di mahkamah Selayang esok

Bunuh warga emas: Suspek dituduh di mahkamah Selayang esok
– Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan yang disyaki membunuh seorang warga emas yang ditemui mati akibat ditikam di dalam keretanya di Taman Ehsan Kepong, di sini pada 23 November lalu akan dituduh di Mahkamah Selayang, esok.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata kertas siasatan kes itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dan telah mendapat arahan pertuduhan ke atas salah seorang suspek di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, motif kejadian itu ialah kerana suspek tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah yang ditetapkan mangsa.



Dalam kejadian itu, polis menerima panggilan orang awam pada 10.16 malam yang terkejut menemui mangsa berusia 70 tahun berkeadaan berdarah di tempat duduk penumpang belakang keretanya dengan ditutupi kain selimut.

Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kelar pada bahagian leher serta kesan tikaman pada perut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk proses bedah siasat.

– BERNAMA

Bunuh warga emas: Suspek dituduh di mahkamah Selayang esok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button