Warga emas maut dalam kebakaran

Warga emas maut dalam kebakaran

Warga emas maut dalam kebakaran
Rumah dengan papan lapis di sebelah dalam terbakar di Kampung Kok Pasir, Tumpat. – Foto BH/SITI ROHANA IDRIS

TUMPAT: Wanita warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Kok Pasir jam 7.55 malam tadi.

Mangsa, Bidah Hassan, 81, ditemui atas tilam oleh pasukan bomba.

Menurut jiran mangsa, Mohamad Hardi Mohd Ghani, 47, beliau yang berada di ruang tamu rumahnya terdengar beberapa letupan kecil seakan-akan mercun.



“Tapi bunyi itu berterusan menyebabkan saya keluar rumah untuk menjenguk dan sangat terkejut apabila mendapati rumah makcik Bidah di sebelah rumah sedang terbakar.

“Saya dan beberapa jiran lain cuba memadamkannya, namun gagal kerana api marak ke bahagian atas dan menyambar siling.

“Walaupun bahagian luar rumah itu berdinding zink tapi dalamnya papan lapis menyebabkan api cepat marak,” katanya ketika ditemui di sini.

“Menjelang waktu Maghrib tadi, kami ada melihatnya sedang memunggah air dari telaga di tepi rumahnya dan kebakaran berlaku tidak lama selepas itu,” katanya.



Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Mohd Rafain Mat Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 8.19 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, anggota menemui mangsa yang sudah rentung ditemukan di atas tilam.

Warga emas maut dalam kebakaran


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button