SPRM tahan dua pemilik syarikat

SPRM tahan dua pemilik syarikat

SPRM tahan dua pemilik syarikat
Suspek memperdaya mangsa bagi kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini, sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan. – Foto BH

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pemilik syarikat kerana disyaki menggunakan dokumen perjanjian palsu bagi tujuan memperdaya dan mendapatkan wang pelaburan kira-kira RM200,000.

Dokumen berkenaan membabitkan kerja pembekalan pasir di sebuah daerah di negeri ini, sedangkan projek tersebut tidak dilaksanakan.

Sumber berkata, dua suspek masing-masing seorang lelaki dan wanita berusia 40-an dipercayai ditahan kira-kira jam 3.30 petang, hari ini di pejabat SPRM Selangor ketika diminta hadir memberi keterangan.



Katanya, kedua-dua suspek dipercayai secara bersama menggunakan dokumen yang mengandungi butiran palsu memperdaya dua ahli perniagaan, termasuk seorang dengan gelaran Datuk bagi projek pembekalan pasir pada tahun 2022.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

 

SPRM tahan dua pemilik syarikat

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading