Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Perikatan Nasional (PN) dilihat seakan sudah mencapai kata sepakat untuk meletakkan Dr Samsuri sebagai calon perdana menteri PN di masa hadapan.

Itu pun kalau PN berjaya memenangi Pilihanraya Umum ke 16 dan membentuk kerajaan.

Peluang untuk PN menubuhkan kerajaan tebuk atap sebelum Pilihanraya Umum ke 16 dilihat sudah tertutup rapat.

Tetapi penulis dimaklumkan, rupa-rupanya ada di kalangan pemimpin PAS yang merasakan kurang senang dengan ‘pengiktirafan Dr Samsuri sebagai calon perdana menteri dari PN.

Mungkin beliau merasakan yang beliau lebih layak dari Dr Samsuri untuk menjadi calon perdana menteri dari PN.

Pada pandangan penulis, mungkin ada asas untuk beliau merasakan begitu.

Dalam hierarki PAS, beliau adalah pemimpin nombor dua di dalam parti.

Walau pun tidak lama dan tiada kejayaan yang boleh dibanggakan, beliau juga mempunyai pengalaman sebagai menteri.

Jadi tidak hairanlah, apabila beliau mula memberikan bayangan bahawa Dr Samsuri bukanlah satu-satunya calon perdana menteri dari PN.

Tuan Ibrahim berkata sebenarnya ada ramai tokoh PN yang berkemampuan diketengahkan untuk menjadi perdana menteri.

“Perkara itu disebut Muhyiddin dalam kempen, itu hasrat untuk melihat sokongan (kepada PN) sajalah”.

“Soal siapa jadi PM (perdana menteri), ramai dalam parti yang ada kemampuan, cuma peluang tidak pernah diberikan”.

“PAS ada ramai lagi pimpinan yang hebat dan belum diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka”.

“Dulu orang tengok PAS sebagai parti yang dianggotai ustaz saja”.

“Sekarang dah ramai profesional bersama kita,” kata Tuan Ibrahim.

Dalam artikata lain, mengapa bukan beliau yang dinamakan sebagai calon perdana menteri dari PN.

Beliau merasakan beliau layak, cuma mahu tapi malu…đŸ€«đŸ€«đŸ€«

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker