Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut

Israel dilaporkan memasang sistem pam besar untuk membanjiri terowong Hamas di Semenanjung Gaza dengan air laut.

Sekitar pertengahan November, tentera Israel menyiapkan sekurang-kurangnya lima pam, kita-kira 0.4 kilometer (km) di utara kem pelarian Al-Shati.

Ia boleh menyalurkan ribuan meter padu air sejam dan membanjiri keseluruhan rangkaian terowong dalam beberapa minggu.



Tidak jelas sama ada Israel akan mempertimbangkan untuk menggunakan pam itu sebelum semua tebusan dibebaskan.

Hamas sebelum ini berkata ia menyembunyikan tebusan di ‘tempat selamat dan terowong’.

Seorang pegawai AS berkata, munasabah bagi Israel untuk mensabotaj terowong itu dan tentera sedang meneroka pelbagai cara untuk melakukannya.

Kementerian pertahanan Israel tidak segera menjawab permintaan untuk komen.



Israel dilaporkan mula memaklumkan pilihan itu kepada Amerika pada bulan lalu.

Namun, tidak diketahui bila kerajaan perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mahu melaksanakan rancangan itu.

Israel belum membuat keputusan muktamad untuk meneruskan atau menolak cadangan itu, menurut pegawai berkenaan.

Zionis Yahudi boleh melakukan apa sahaja kezaliman yang mereka mahukan.



Tidak dapat dinafikan, mereka mempunyai dana dan juga teknologi untuk melakukannya kerana Zionis Yahudi mendapat sokongan dari Amerika dan Eropah.

Regim Zionis Yahudi lupa, mereka mempunyai perancangan, tetapi Allah SWT juga mempunyai perancangan.

Dan perancangan Allah SWT yang akan berjaya.

Teringat penulis pada kata-kata seorang kanak-kanak Palestin:



“Di atas kita ada roket Zionis Yahudi, tetapi mereka lupa, Allah SWT berada di atas roket mereka”.

Israel Akan Banjiri Terowong HAMAS Dengan Air Laut

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading