Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapa bakal gantikan Ahmad Said di Terengganu?
Datuk Seri Ahmad Said

Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Umno Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dijangka akan meletakkan jawatan beliau dalam tempoh terdekat.

Namun demikian, perkara tersebut masih belum disahkan Umno Pusat. Bagaimanapun, menurut sumber maklumat yang dipercayai, Ahmad Said telah menyerahkan surat peletakan jawatan beliau ketika mesyuarat MKT Umno malam semalam.



Menurut beberapa laporan media, kedudukan Ahmad Said akan diambil alih oleh Setiausaha Umno Negeri Terengganu, Datuk Rozi Mamat. 

Siapa bakal gantikan Ahmad Said di Terengganu?
Datuk Rozi Mamat

Sebelum ini, Ahmad Said telah digesa agar melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Umno Terengganu berikutan kekalahan teruk semasa PRN2023 yang menyaksikan PAS menyapu bersih kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Terbaru, di PRK Kemaman, sekali lagi UMNO Terengganu ‘dimalukan’ apabila kalah dengan majoriti lebih besar dari PRU15. Dengan perbezaan sebanyak 37,220 undi, calon PAS, Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengalahkan calon BN, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 64,998 undi manakala Raja Mohamed Affandi hanya mengumpul 27,778 undi.



Walaupun ada spekulasi berlegar menyatakan kekalahan PRK Kemaman mempunyai unsur sabotaj, perkara tersebut tidak dapat dibuktikan. Ia kekal sekadar gossip politik dan tidak perlu diperbesarkan.

UMNO Terengganu sewajarnya diberikan peluang untuk melakukan proses rejunivasi kerana kebanyakan calon pada PRN 2023 merupakan calon kitar semula.

Ada juga calon yang sepatutnya ‘dimuziumkan’ namun enggan berundur kerana merasakan pengundi masih sukakan mereka. Ini masalah terbesar untuk UMNO secara keseluruhan dan bukan di Terengganu sahaja.

 



Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu

 

 

 



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading