Amira Othman Beri Amaran? [VIDEO]

“Siapa Tanya Bila Nak Kahwin, Saya Akan…”

Amira Othman Beri Amaran? [VIDEO]

Amira Othman Beri Amaran? [VIDEO]
Amira Othman Beri Amaran? [VIDEO]
Siapa yang tidak kenal dengan Nadia Amira Othman atau lebih dikenali sebagai Amira Othman yang merupakan seorang penyanyi, pengacara televisyen dan pelakon wanita di Malaysia.

Amira Othman memulakan kerjayanya dalam bidang nyanyian, selepas menyertai satu program nyanyian popular pada tahun 2013 iaitu Akademi Fantasia musim ke-10 dan sekaligus mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Kemudian Amira Othman banyak berkecimpung di dalam dunia lakonan sehinggakan setiap drama lakonannya menjadi pilihan ramai.

Selain dirinya, dua adik lelakinya juga turut menceburi bidang nyanyian iaitu Irfan Haris dan Haikal Iskandar. Irfan Haris juga lebih dikenali ramai selepas dia menyertai pertandingan nyanyian Big Stage dan mendapat tempat keempat.



“Disakat Adik Sebab Dah Tua!”

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Irfan Haris yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini mendapat jumlah tontonan sebanyak 1.4 juta, tanda suka sebanyak 91 ribu dan sebanyak 221 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Irfan Haris yang sedang membuat live di dalam kereta dan selepas itu, Amira Othman juga turut serta berada di dalam keretanya. Kelihatan Irfan Haris sering mengusik kakaknya itu dengan menyatakan umur dan memanggil kakaknya dengan gelaran ‘tua’.

“Saya nak minta maaf dekat kaka saya secara terbuka sebab selalu panggil dia tua”-kata Irfan Harris

“Ahh kau harini minta maaf, esok buat balik”-kata Amira Othman

“kak, orang cakap akak cantik dari akak masuk af 2013 kan, jadi akak dah 30 tuanya”-usik Irfan

Rata-rata netizen terhibur dengan telatah dua beradik itu. Amira Othman juga sempat menjawab beberapa soalan dari netizen yang menyertai live tersebut dan salah satunya mengenai soal perkahwinan.

“Siapa tanya bila nak kahwin, saya akan rembat dia! Saya rembat dia dari dalam Phone ni hahahahaah”-kata Amira Othman

@irfannharis

ini semua gurauan semata mata saya sayang kakak saya @Amira Othman ✋🏻😔

♬ Mencuba – Irfan Haris

Apa-apa pun, sama-sama kita doakan yang terbaik buat diri kita dan mereka. Semoga kita semua peroleh keberkatan hidup di dunia dan di akhirat.

Amira Othman Beri Amaran? [VIDEO]

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Tuan Ibrahim Mula Mempromosikan Diri Sendiri Sebagai Calon PM Dari PN?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker