3 beranak maut, motosikal rempuh lori

Johor Bahru: Motosikal ditunggang tiga beranak dipercayai merempuh belakang lori ketika berhenti di lampu isyarat merah di Jalan Persiaran Tanjung (arah Jalan Tampoi) di sini, petang semalam.

Pemangku Ketua Polis daerah Johor Bahru Utara, Superintendan Fariz Ammar Abdullah berkata, kejadian kira-kira 4.40 petang menyebabkan yang tiga beranak iaitu suami isteri dan anak mereka, maut, di lokasi kejadian.

Katanya, motosikal ditunggang lelaki berusia 38 tahun itu dalam perjalanan menuju ke Jalan Tampoi, melanggar bahagian belakang lori.



“Ketika kejadian, lori berhenti di lorong tengah semasa lampu isyarat merah.

“Akibatnya, isteri berumur 41 tahun dan seorang anak lelaki berumur 10 tahun meninggal di lokasi kejadian kerana parah.

“Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.



Jelas Fariz Ammar, mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk tindakan lanjut.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes supaya menghubungi dan menyalurkan maklumat ke IPD JBU di talian 07-5563122.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sebelum ini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Mohd Suhaimi Abdul Jamal berkata, mangsa yang maut ialah Mohammad Shahril Abdullah, 38; Habsah Jailani, 41 dan Muhammad Dany Lukman Naim Abdullah, 10.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button