Tiga maut, lori simen terbabas jatuh gaung

Oleh – Syeikh Baran


Tiga maut, lori simen terbabas jatuh gaung
Mayat salah seorang mangsa tiba di Jabatan Forensik Perubatan, Hospital Gua Musang sebentar tadi. FOTO AIMUNI TUAN LAH

Tiga lelaki Orang Asli maut selepas lori simen yang mereka naiki terbabas sebelum terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 80, Jalan Gua Musang-Lojing di sini, hari ini.

Difahamkan, ketiga-tiga mangsa berusia dalam lingkungan 40-an dan mereka berasal dari Cameron Highlands, Pahang.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.40 pagi dan seramai 10 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia (BBP) Gua Musang dikejarkan ke lokasi.

“Anggota bomba tiba di lokasi nahas pada pukul 12.41 tengah hari sebelum memulakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan gaung sedalam 150 meter.

“Pihak kami menggunakan tali untuk turun dan mambawa naik ketiga-tiga mangsa,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini, hari ini.

Nor Azizi memberitahu, ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan di lokasi kejadian pada pukul 2.20 petang.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button