Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri

Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri

Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri

Menteri Besar Terengganu, Dr Samsuri Mokhtar, yang diwar-warkan sebagai calon perdana telah mencetuskan suasana panik di dalam PPBM.

Sebelum ini, ramai pemimpin dan ahli PPBM menyuarakan kebimbangan dan kemarahan mereka dengan sikap PAS yang tidak lagi menghormati PPBM.

PAS dilihat semakin besar kepala dan bertindak sendirian tanpa mengadakan perbincangan dengan mana-mana pemimpin PPBM.

Mereka tidak lagi menghormati PPBM yang sebelum ini dianggap sebagai ‘abang besar’ dalam Perikatan Nasional.



Tetapi PPBM akur dengan kekuatan PAS yang mempunyai ahli serta jentera pilihanraya di seluruh  negara.

PPBM terpaksa menelan semua kerenah PAS kerana mereka sedar, tanpa PAS, PPBM akan berkubur terus dari dunia politik tanah air.

Tetapi, sekurang-kurangnya ketika itu, PPBM masih lagi boleh merasa lega kerana presiden mereka, Muhyiddin Yasin, masih lagi pengerusi Perikatan Nasional.

Manakala Setiausaha Agung PPBM, Hamzah Zainuddin, adalah Setiausaha Agung Perikatan Nasional dan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Rakyat.



Kedudukan kedua-dua pemimpin PPBM ini boleh dijadikan sandaran yang PPBM masih lagi relevan di dalam Perikatan Nasional.

PPBM Kini Melukut Di Tepi Gantang Dalam Perikatan Nasional

Tetapi keadaan berubah apabila kemenangan bergaya Dr Samsuri di PRK Kemaman.

Bukan sahaja menang bergaya, lebih menakutkan, Dr Samsuri kini telah diwar-warkan sebagai calon perdana menteri Perikatan Nasional sekiranya dapat membentuk kerajaan.

Kedudukan Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang sudah pasti tergugat kerana Dr Samsuri sudah disebut-sebut sebagai Ketua Pembangkang yang baru.

Sekiranya Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan dalam PRU 16, maka Dr Samsuri akan melengkapkan paku terakhir keranda PPBM.

Mengikut kenyataan yang ada sekarang, sudah pasti PAS akan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PPBM.

Maka, tidak ada alasan untuk Muhyiddin terus kekal sebagai pengerusi Perikatan Nasional.

Sekiranya enggan, PAS boleh mengugut untuk meninggalkan Perikatan Nasional dan mungkin menjemput UMNO dan PKR untuk satu gabungan baru.

Apa pilihan yang PPBM ada ketika itu?

Selain Muhyiddin dan Hamzah, PPBM tidak mempunyai pemimpin bertaraf heavyweight.

Sekiranya Perikatan Nasional gagal membentuk kerajaan, PAS mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk menyingkirkan Muhyiddin.

Segala kekalahan dan kegagalan akan diletakkan di bahu Muhyiddin.

Tidak ada sebab mengapa Muhyiddin perlu dikekalkan sebagai pengerusi Perikatan Nasional setelah gagal membentuk kerajaan sebanyak dua kali.

Maka, Dr Samsuri akan menyempurnakan paku terakhir keranda PPBM sebagai pengerusi Perikatan Nasional yang baru.

Paku Terakhir Keranda PPBM Berada Di Tangan Dr Samsuri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker