Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik

Rombakan Kabinet 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik

Senarai penuh kabinet baharu telah diumumkan oleh perdana menteri telah menyaksikan peningkatan keseluruhan kabinet dari 55 orang kepada 60 orang.

Secara perbandingan, ianya masih lagi rendah berbanding dengan kabinet mega kerajaan terdahulu.

Senarai kabinet yang bahru juga telah menggugurkan Sivakumar a/l Varatharaju yang sebelum ini adalah Menteri Sumber Manusia.



Manakala 5 orang menteri baharu yang dilantik adalah Gobind Singh Deo yang dilantik sebagai Menteri Digital.

Dr Dzulkefly Ahmad telah dilantik sebagai menteri di kementerian lama beliau di era Pakatan Harapan 1.0, Kementerian Kesihatan.

Johari Abdul Ghani pula telah dilantik sebagai Menteri Perladangan & Komoditi.

Steven Sim Chee Keong pula telah dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia dan Amir Hamzah pula dilantik sebagai Menteri Kewangan II.



Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup telah diisi oleh Armizan Mohd Ali yang sebelum ini memangku jawatan tersebut.

Untuk jawatan Timbalan Menteri pula, Anwar telah menggugurkan 2 orang Timbalan Menteri, Ramkarpal Singh dan Siti Aminah Aching.

Ramkarpal Singh sebelum ini adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang Undang & Reformasi Institusi).

Siti Aminah Aching pula adalah Timbalan Menteri di Kementerian Perladangan & Komoditi.



5 orang Timbalan Menteri telah dilantik untuk menganggotai kabinet baharu Kerajaan Perpaduan, mereka adalah:

  • Noraini Ahmad (Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat)
  • M Kulasegaran (Jabatan Perdana Menteri – Undang Undang & Reformasi Institusi
  • Ramanan Ramakrishnan (Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi)
  • Wong Kah Woh (Kementerian Pendidikan)
  • Dr Zulkifli Hasan (Jabatan Perdana Menteri – Hal Ehwal Agama)

Berikut adalah senarai penuh rombakan kabinet yang dilakukan.

Rombakan Kabinet: 1 Menteri Di Gugurkan, 5 Menteri Baharu Di Lantik

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading