Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah

Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah

Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah

Dr Mahathir sedang menggerakkan segala langkah politik ke arah ketidakstabilan politik negara.

Ini yang sedang berlaku.

Apa sahaja isu yang dimainkan oleh pembangkang atau aktivis media sosial pembangkang pada waktu ini merupakan blueprint yang disusun oleh Dr Mahathir sebagai mastermind utama.



Dr Mahathir tahu pada Januari 2024 akan ada peralihan kekuasan di Istana Negara.

Dr Mahathir cukup gerun dengan peralihan kuasa ini.

Buku bertemu ruas.

Dr Mahathir terpaksa gerakkan sedaya upaya agar ada peralihan kuasa politik di peringkat Putrajaya.



Apa yang Dr Mahathir sedang lakukan di belakang tabir?

Setelah Dr Mahathir mendapat sokongan dari pemimpin utama PAS dan PPBM, Dr Mahathir menggerakkan semula skrip fitnah 1998 bagi menjayakan agenda ketidakstabilan politik negara.

Bermula dengan pengumuman Dr Samsuri boleh menjadi perdana menteri sebelum PRU 16 dalam kempen di PRK Kemaman.

Ini bukan sekadar cakap kosong.



Ianya adalah permulaan kepada serangan habis-habisan ke atas Kerajaan Perpaduan dan telah disusun dengan begitu rapi.

Mahathir Sedang Lakukan Serangan Dari Pelbagai Penjuru

Dr Mahathir juga telah mengadakan siri pertemuan dengan aktivis media sosial pembangkang yang akan melancarkan serangan saraf.

Dalam masa yang sama, Dr Mahathir menghantar Khairudin untuk bertemu dengan beberapa pemimpin utama UMNO seperti Isham Jalil.

Terkini Presiden PAS Hadi Awang mengeluarkan kenyataan cuba menyamakan Kerajaan Perpaduan dengan Israel.



Ini semua adalah sebahagian dari serangan terancang.

Sehari sebelumnya Muhyiddin membuat cadangan agar UMNO menilai semula kedudukan kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Disusuli dengan kenyataan Isham Jalil yang mahu UMNO keluar dari koalisi Kerajaan Perpaduan.

Papagomo pula terus memainkan isu 3R di platform Tiktok dan media sosial.



Cuba membakar semangat perkauman, radikal pelampau agama dengan cuba mengaitkan istana.

Tugasan utama Papagomo adalah untuk sentiasa memainkan teori konspirasi dengan membakar semangat untuk menyemai nilai ekstremis dan radikal dikalangan pengundi muda.

Sebaiknya dakwa ektremis ini bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi.

Itu yang sebaiknya demi menjaga ketenteraman awam.



Parpukari Cili Kasi Taruk Salim pula ditugaskan oleh Dr Mahathir untuk memainkan semula isu liwat dengan mengulang bahan video, aktor yang pernah terlibat.

Kita tidak terkejut mengapa banyak pula video berkaitan fitnah seks ini sudah mula dimainkan di media sosial milik akaun pembangkang.

Tidak dapat dinafikan, beliau merupakan pentaksub tegar Dr Mahathir.

Ini diawali dengan dengan serangan Chegubard yang cuba mengaitkan dengan isu CIA dan IMF.

Malah Chegubard juga telah mengeluarkan fatwa bahawa PMX merupakan Dajjal.

Plot Serangan Yang Sedang Berlaku

Ini ringkasan plot politik yang sedang berlaku ketika dan selepas PRK Kemaman:

  • Chegubard – isu CIA, IMF dan Dajjal.
  • Papagomo – isu 3R cuba kaitkan Istana.
  • Parpukari Salim – isu fitnah seks.
  • Presiden BersatuPPBM, Muhyiddin Yassin – mahu UMNO keluar dari kerjasama dengan PH – DAP.
  • Presiden PAS Hadi Awang – Kerajaan Perpaduan bukan sahaja liberal tetapi dah serupa dengan Israel.

Skrip fitnah sama yang diulang-ulang dari 1998 lagi.

Dakyah ekstremisme dan radikal pelampau agama, kaum yang begitu dahsyat sedang dimainkan selepas PRK Kemaman untuk menukar perdana menteri dalam apa juga keadaan.

Matlamat menghalalkan cara.

Siapa kepala di belakang gerakan politik ini semua?

Tidak lain dan tidak bukan adalah Dr Mahathir.

Jadi apa tindakan dari pihak kerajaan?

Mahu biarkan puak pelampau ini terus mainkan semua isu ini lagi?

Kerajaan Perpaduan sudah banyak sangat bagi muka kepada puak ini hingga mereka berani bertindak di luar batas.

Adakah kerajaan akan terus membiarkan sahaja mereka dengan jalur keras mereka?

Atau perlu bertindak keras demi kepentingan lebih besar untuk negara.

Ini bukan lagi pertimbangan politik, sebaliknya keputusan demi kepentingan negara.

Strategi Terakhir Mahathir Sebelum Berhadapan Kes Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading