Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker

Oleh – Editor


Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker

Naib Presiden UMNO, Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail membidas kenyataan Senator Ti Lian Ker berkenaan Kongres Ekonomi Melayu.



Wan Rosdy menyifatkan kenyataan Lian Ker umpama ‘ucapan hujung nyawa’ dan memang disengajakan bagi mencari kembali kedudukan beliau dalam politik.

Jadi, apa masalah kalau ada kongres yang membincangkan soal ekonomi orang Melayu? Ini untuk kepentingan nasional dan nikmatnya akan turut dikongsi oleh kaum-kaum lain, seperti yang dinikmati sekarang.
Paling mustahak, tidak ada halangan untuk mana-mana kaum pun di bumi Malaysia ini mengadakan kongres seperti ini. Masyarakat Cina sebagai contoh, punyai banyak kongres dan perbincangan yang diadakan melalui pelbagai persatuan dan NGO yang berasaskan ekonomi, dan ia tidak langsung dijadikan isu. – Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail

Ti Lian Ker dalam pada itu menafikan beliau mempertikaikan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputra, sebaliknya mendakwa kenyataannya diputar belitkan sehingga melihatkan ia seperti berbaur perkauman.

Mengapa secara tiba-tiba Ti Lian Ker membuat kenyataan tentang Kongres Ekonomi Melayu? Adakah beliau lupa perjanjian yang membentuk Perlembagaan Negara? Atau sengaja membuat kenyataan kontroversi bagi memastikan namanya tidak dilupakan?

Wan Rosdy bidas kenyataan Ti Lian Ker



“It is time to save Malaysians and stop the seizure of the nation’s riches in the name of the Malay agenda. When more money and allocations are given, the greedier those in power will be.”

“The congress started when I was three years old. Today, I am over 60 years old. I hope that the coming Bumiputera economic congress will be the last, and that in the future, we can hold a national economic congress,” – Senator Ti Lian Ker

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading