Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata

Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata

Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata

Pemimpin dunia, kumpulan hak asasi manusia dan pegawai PBB bersatu teguh mengkritik Amerika kerana memveto resolusi badan dunia itu yang menggesa gencatan senjata kemanusiaan di Gaza.

Angka korban kezaliman regim Zionis Yahudi kini telah mengorbankan lebih 17,400 rakyat Palestin.

Resolusi PBB mengenai jeda kemanusiaan di Majlis Keselamatan PBB (UNSC) gagal diluluskan selepas Amerika memveto cadangan itu.



Manakala Britain pula bertindak berkecuali.

Tindakan Amerika itu mendapat kecaman pemimpin utama negara-negara Islam termasuk Malaysia, Turkiye dan Oman.

Pemimpin negara Islam juga turut mendesak supaya kuasa veto dimansuhkan.

Setiausaha Agung Amnesty International, Agnes Callamard berkata, veto Amerika itu menunjukkan sikap tidak peduli Washington terhadap penderitaan orang awam yang berdepan dengan kematian.



Tindakan Amerika juga telah menjejaskan kredibiliti dan keupayaan UNSC bagi memenuhi mandatnya mengekalkan keamanan antarabangsa.

Doctor Without Borders menerusi Pengarah Eksekutifnya, Avril Benoit berkata, kuasa veto Amerika menjadikan mereka turut terlibat dengan pembunuhan beramai-ramai di Gaza.

“Dengan memveto resolusi ini, Ameriakka berdiri sendiri dengan menjauhkan diri menentang kemanusiaan”.

“Selain itu Amerika juga menyediakan perlindungan diplomatik terhadap kekejaman di Gaza”.



“Amerika juga memberi isyarat bahawa undang-undang kemanusiaan antarabangsa boleh digunakan secara terpilih”.

“Dan nyawa sesetengah orang kurang penting daripada orang lain,” katanya.

Human Right Watch (HRW) pula berkata selagi AS berterusan memberikan bantuan senjata dan perlindungan diplomatik, mereka sebenarnya berisiko terbabit dalam jenayah perang.

Amerika menggunakan kuasa veto membatalkan resolusi yang ditaja bersama hampir 100 negara anggota PBB.



Resolusi itu menerima sokongan 13 ahli UNSC.

Albania, Brazil, China, Ecuador, Perancis, Gabon, Ghana, Jepun, Malta, Mozambique, Switzerland, Rusia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyokong.

Manakala Britain memilih untuk berkecuali.

Dunia Kecam Amerika Kerana Gunakan Kuasa Veto Halang Gencatan Senjata

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading