Digitalkan lesen pada blockchain

Digitalkan lesen pada blockchain

Digitalkan lesen pada blockchain
AHMAD Zahid (dua dari kanan) selepas Majlis Pelancaran Zcert: Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital Rentas Sempadan Blockchain Zetrixxinghuo

AHMAD Zahid (dua dari kanan) selepas Majlis Pelancaran Zcert: Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital Rentas Sempadan Blockchain Zetrixxinghuo

Zetrix adalah blockchain awam lapisan-1 yang memudahkan kontrak pintar dan memberikan privasi, keselamatan serta skalabiliti yang berfungsi sebagai gerbang blockchain dalam memudahkan perdagangan global dengan melaksanakan perkhidmatan Web3 (visi untuk web berasaskan blokchain baharu).

Katanya, pelancaran itu juga menandakan pengkomersialan kerjasama antara MyEG. dan Guangxi Beitou IT Innovation Technology Investment Group Co Ltd (Beitou), sebuah syarikat milik Negara China dan anak syarikat IT Guangxi Beibu Gulf Investment Group yang disenaraikan sebagai salah satu daripada 500 perusahaan terbesar di China.



“Disebabkan oleh sifat blockchain yang kekal dan tidak boleh diubah, pihak yang ingin mengesahkan dokumen akan mendapat jaminan VC dan semua data yang terkandung dalam dokumen berkenaan adalah sah dan tidak diolah,” katanya.

Dengan adanya platform ini, Wong berkata, data peribadi tidak lagi perlu dikongsi secara meluas dan kesemuanya kepada penyedia perkhidmatan seperti bank atau telco dan ini lonjakan teknologi paling penting berikutan kebergantungan yang kian meningkat pada perkhidmatan digital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rozi Mamat gantikan Ahmad Said di Terengganu




Sementara itu, Timbalan Pengerusi merangkap Pengurus Besar Kumpulan Guangxi Beibu Gulf Investment Group Huang Xuejun berkata, MyEG dan syarikat berkenaan juga merancang mempromosi dan mengendalikan platform pengesahan rentas sempadan itu di China dan Malaysia untuk lesen memandu elektronik.

“Ini dapat menyelesaikan secara efektif masalah-masalah seperti proses pengesahan yang rumit, prosedur pengesahan yang tidak mematuhi peraturan dan kesulitan dalam penggunaan pengesahan rentas sempadan, yang secara langsung memudahkan pertukaran rentas sempadan antara warganegara China dan Malaysia,” katanya.

Tambahnya, Malaysia yang mempunyai prospek pembangunan yang cerah dan persekitaran perniagaan yang kondusif menjadi salah satu destinasi utama pelaburan dan perniagaan bagi syarikat China.

Digitalkan lesen pada blockchain

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Menjadi Baruah Mahathir Memainkan Sentimen Anti DAP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button