Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pembunuhan Zayn Rayyan

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pemubunuhan Zayn Rayyan

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pemubunuhan Zayn Rayyan

Siasatan kes pembunuhan kanak-kanak istimewa Allahyarham Zayn Rayyan memasuki episod baharu apabila polis menemui petunjuk baharu.

Menurut polis, pertemuan petunjuk baharu itu menjurus kepada kemungkinan hanya seorang pelaku dalam jenayah itu.

Siasatan polis turut mendapati mayat kanak-kanak autisme itu turut kemungkinan dibuang pada waktu petang hari yang sama operasi mencari dilakukan.



Mayat tersebut dibuang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

Siasatan kes tersebut agak rumit selain cabaran pihak polis melakukan pencarian bukti-bukti berkaitan ekoran hujan lebat di lokasi kejadian.

Pihak polis kini sedang mempergiatkan pencarian bahan bukti berhampiran Blok R iaitu kediaman mangsa.

Ini termasuk saringan DNA secara besar-besaran melibatkan penghuni Apartment Idaman, Damansara Damai.



Turut diarahkan menjalani saringan DNA adalah kumpulan pesalah seksual berdaftar melalui Bank Data DNA.

Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, berdasarkan kesan kecederaan pada leher dan badan Zayn Rayyan, pihaknya percaya seorang individu mungkin terlibat dalam kes tersebut.

Siasatan masih dijalankan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit.

“Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu”.



“Kita tengok semua sudut, semua ‘database’ polis dan juga ‘mass screening'”.

“Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini”.

“Buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang”.

“Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa”.



“Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam”.

“Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat”.

“Kita percaya pada petang itu”.

“Kita tidak jumpa lagi barang yang boleh menjurus kepada penjenayah, kita masih berusaha untuk mencarinya”.



“Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu,” jelas beliau.

Polis Temui Petunjuk Baharu Yang Menjurus Kepada Suspek Pemubunuhan Zayn Rayyan

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button