Hujan lebat, angin kencang ketika warga emas maut dihempap pokok kekabu

Hujan lebat, angin kencang ketika warga emas maut dihempap pokok kekabu

Hujan lebat, angin kencang ketika warga emas maut dihempap pokok kekabu
Gambar kecil; Rafiah Zakaria, 84.

BALING: Kejadian seorang wanita warga emas maut dihempap pokok kekabu tumbang di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulai, di sini, hari ini, berlaku ketika hujan lebat dan angin kencang.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata cuaca buruk itu melanda kira-kira jam 3 petang dan berterusan selama 40 minit.Katanya, Balai Polis Kupang menerima maklumat berhubung insiden menimpa mangsa, Rafiah Zakaria, 84, pada jam 3.45 petang.

Susulan itu, beliau berkata, pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Baling, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling serta Kementerian Kesihatan (KKM) telah bergegas ke lokasi.



“Sebaik saja pasukan BBP Baling tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang, anggota melakukan pemotongan pokok terbabit dalam usaha untuk mengeluarkan mangsa.

“Selepas melakukan pemeriksaan, pegawai KKM mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Shamsudin berkata, operasi itu disertai 21 anggota dari pelbagai agensi, selain turut dibantu orang awam.

Katanya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik, Hospital Kulim, menggunakan trak polis pada jam 4.50 petang untuk tindakan lanjut, dengan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.



 

Hujan lebat, angin kencang ketika warga emas maut dihempap pokok kekabu

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ramai Netizen dan rakyat teruja, gembira bila dimaklumkan Tun Mahathir antara yang sedang disiasat SPRM



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading