Strain baharu COVID-19 dikesan di UK, sepuluh negara lain – Laporan

16/02/2021 12:30 PM

MOSCOW, 16 Feb — Satu lagi varian COVID-19 (B.1.525) dikesan di United Kingdom (UK), serta sepuluh negara lain, termasuk Amerika Syarikat (AS) lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut penyelidik University of Edinburgh dalam satu laporan pada Isnin, strain baharu telah ditemui melalui pengesanan genom di 11 negara: UK, Nigeria, Denmark, AS, Perancis, Belgium, Sepanyol, Kanada, Australia, Ghana, dan Jordan.



Denmark mencatatkan jumlah kes tertinggi B.1.525 sebanyak 35 kes, diikuti UK 33 kes, Nigeria 12 kes dan AS 10 kes manakala Perancis setakat ini melaporkan lima kes.

Rantaian terawal strain baharu COVID-19 itu dikesan pada Disember 2020 dengan kes pertama muncul di UK dan Nigeria.

Varian baharu itu dilihat menyamai jenis Afrika Selatan dan Brazil dan lebih berdaya tahan terhadap antibodi.

Arab Saudi gantung penerbangan antarabangsa kekang strain baharu COVID-19



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button