Orang ramai dinasihati waspada panggilan palsu dakwa daripada “EAIC”

10/12/2020 09:54 PM

PUTRAJAYA, 10 Dis — Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang mendakwa sebagai pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan meminta sejumlah bayaran wang tunai bagi tujuan tertentu.

EAIC dalam kenyataan hari ini berkata ia susulan pihaknya menerima beberapa aduan daripada mangsa yang telah menerima panggilan palsu sejak kebelakangan ini.



“EAIC telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan berharap pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) akan menyiasat panggilan palsu ini bagi melindungi kepentingan orang awam serta menjaga reputasi EAIC,” katanya.

Orang ramai yang menerima panggilan meragukan itu dinasihatkan agar berhati-hati dan mendapatkan pengesahan daripada EAIC menerusi talian dan alamat yang dipaparkan di portal rasmi www.eaic.gov.my.

Pusat panggilan judi dalam talian: Tujuh ditahan di Melaka




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading