Jualan runcit, katering catat rekod RMB821 bln pada musim cuti Tahun Baru Cina

18/02/2021 04:17 PM

BEIJING, 18 Feb — Kementerian Perdagangan China mengumumkan jumlah jualan runcit dan katering sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina direkodkan sebanyak RMB821 bilion (RM513 bilion).

Menurut kementerian itu, angka tersebut memperlihatkan peningkatan sebanyak 28.7 peratus berbanding tempoh sama pada 2020, dan 4.9 peratus berbanding 2019.



Jelas kementerian, tatkala situasi kawalan dan pencegahan wabak sedang giat dilaksanakan selain rakyat disarankan tidak pulang ke kampung halaman masing-masing pada tempoh itu, sektor penggunaan di negara ini turut tidak ketinggalan untuk mengadakan beberapa perubahan baharu.

Untuk rekod, penggunaan dalam sektor barangan kemas, pakaian, peranti komunikasi dan produk digital kegunaan rumah, masing-masing menyaksikan peningkatan 160.8 peratus, 107.1 peratus, 39 peratus dan 29.9 peratus, manakala jumlah jualan peralatan kecergasan dalam talian pula meningkat 49 peratus.

E-dagang dan perkhidmatan tanpa kontak juga menjadi antara pilihan ramai ketika perayaan Tahun Baru Cina tahun ini.

Jualan runcit dalam talian selama enam hari ketika perayaan itu melebihi angka RMB120 bilion (RM74.99 bilion).



Penggunaan sektor katering meningkat 1.3 kali ganda, manakala penggunaan dalam talian untuk perkhidmatan bawa pulang meningkat lebih dua kali ganda.

Di samping itu, restoran-restoran bersejarah juga tidak ketinggalan untuk membangunkan perkhidmatan dalam talian demi menjana pendapatan.

Perayaan Tahun Baru Cina kali ini juga menyaksikan pelancongan setempat menjadi antara pilihan utama orang ramai apabila jumlah pelancong di taman bunga, muzium dan pawagam meningkat dengan ketara.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button