Anwar Di Benarkan Berkempen Dari Penjara, Tetapi Najib Tidak Di Benarkan

Anwar Di Benarkan Berkempen Dari Penjara, Tetapi Najib Tidak Di Benarkan

Anwar Di Benarkan Berkempen Dari Penjara, Tetapi Najib Tidak Di Benarkan

Prinsip Rukun Negara yang ke empat bagi negara Malaysia ialah Kedaulatan Undang Undang.

Apa maksud kedaulatan undang-undang?



Kedaulatan undang-undang mengandungi prinsip bahawa semua orang dan institusi tertakluk kepada dan bertanggungjawab kepada undang-undang yang sedang dikuatkuasakan.

Di bawah konsep ini, akauntabiliti kerajaan, akses yang sama ke muka pengadilan, badan kehakiman yang cekap dan undang-undang yang jelas dan stabil serta perlindungan hak asasi manusia.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/kolumnis/2015/05/53148/memahami-konsep-kedaulatan-undang-undang



Dalam artikata lain yang lebih ringkas dan mudah difahami, semua individu tanpa mengira kedudukan, bangsa dan agama adalah sama di sisi undang-undang.

Dalam konsep kedaulatan undang-undang atau ‘rule of the law’ larangan ke atas sesuatu perkara adalah terpakai kepada semua orang.

Begitu juga dengan kebenaran yang diberikan, ianya terpakai kepada semua orang.

Tidak ada istilah golongan ini boleh, tetapi golongan yang lain tidak boleh.



Pengarah Kanan Bahagian Dasar Kepenjaraan, Supri Hashim berkata, banduan yang sedang menjalani hukuman penjara tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Menurut beliau, larangan itu juga terpakai kepada mantan Perdana Menteri ke 6, DS Najib Razak.

“Jabatan Penjara Malaysia sebuah jabatan kerajaan yang tidak terlibat dengan mana-mana politik”.

“Warganya terus menggalas tanggungjawab yang diamanahkan biar siapa pun kerajaan yang memerinta,” jelas beliau.



Sebelum itu Ketua Pengarah Penjara, Nordin Muhammad berkata:

“Bekas Perdana Menteri itu sentiasa tertakluk kepada akta dan peraturan semasa beliau menjalani hukuman penjara”.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/226807/berita/semasa/jabatan-penjara-tidak-benarkan-najib-keluar-kenyataan-pru



Penulis menghormati keputusan dan pendirian serta ketegasan Jabatan Penjara Malaysia dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab.

Mengapa Anwar Di Benarkan Tetapi DS Najib Tidak Di Benarkan?

Cuba kita imbas kembali apa yang berlaku pada tahun 2015, semasa Anwar Ibrahim masih menjalani hukuman penjara.

Portal MStar melaporkan, ketika di dalam penjara, Anwar sering mengirimkan pesanan dan kenyataan untuk membantu kempen isteri beliau, Wan Azizah.

“Kita harus berusaha bersungguh-sungguh untuk pastikan kemenangan perjuangan rakyat”.



“Undi Keadilan dan Azizah”.

Kenyataan dan pesanan Anwar sering dimuatnaik ke media sosial oleh peguam beliau, Latheefa Koya.

Baca di sini:

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/05/05/pesanan-anwar-dari-penjara

Persoalan yang ingin penulis tanyakan kepada Jabatan Penjara Malaysia adalah:

  • Mengapa pada tahun 2015, Anwar dibenarkan berkempen dari penjara, tetapi DS Najib tidak dibenarkan?
  • Apakah ada apa-apa pindaan undang-undang Jabatan Penjara Malaysia telah dilakukan dari tahun 2015 hingga 2022.
  • Kalau ada, undang-undang apa dan bila serta siapa yang meluluskan pindaan tersebut?

Sekiranya undang-undang pada tahun 2015 masih lagi diguna pakai oleh Jabatan Penjara Malaysia, mengapakah ada ‘double standard’ dalam layanan kepada banduan?

Cukup=cukuplah cuma pihak tertentu sahaja yang mengamalkan ‘law of the jungle’.

Janganlah pula Jabatan Penjara Malaysia yang sepatutnya memberikan tunjuk ajar dan kesedaran kepada banduan juga mengamalkan ‘law of the jungle’.

Jangan nanti dikatakan Jabatan Penjara Malaysia ibarat ketam yang mengajar anaknya untuk berjalan betul!!!

 

Anwar Di Benarkan Berkempen Dari Penjara, Tetapi Najib Tidak Di Benarkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button