Ippo Hafiz larikan anak bongsu sejak Februari?

Oleh – Syeikh Baran


Ippo Hafiz larikan anak bongsu sejak Februari?
PENYANYI Ippo Hafiz didakwa larikan anak bongsu daripada isterinya.

Selepas kecoh kes memfailkan tuntutan nusyuz terhadap isteri, Fara Roslan, penyanyi Ippo Hafiz didakwa melarikan anak keduanya daripada jagaan wanita itu sejak awal Februari lalu.

Spekulasi tercetus selepas individu yang dikenali sebagai Yazmin dipercayai kakak ipar kepada isteri Ippo mendedahkan penyanyi itu juga tidak bertemu anak sulungnya ketika hari raya minggu lalu.



“Bagi yang tidak tahu, anak bongsunya ini baru berusia dua tahun tiga bulan telah diambil sendiri bapanya (Ippo) dari jagaan ibu, datuk, neneknya pada 1 Februari lalu.
 

“Ippo juga sudah 77 hari tidak datang berjumpa anak sulungnya. Bukan kerana isteri tidak benarkan tetapi dia yang memilih untuk tidak bertanggungjawab,” katanya menerusi perkongsian TikTok.

Berkongsi lanjut, wanita terbabit turut meluahkan rasa bengang apabila pelantun lagu Kekal Bahagia itu turut memisahkan kasih sayang seorang abang dengan adiknya.

“Ibu kandungnya juga tidak tahu di mana anaknya tinggal. Anak sulung Ippo yang berusia empat tahun ada bersama ibunya.

“Anak bongsunya ini sangat rapat dengan abangnya. Kenapa perlu pisahkan kasih sayang ini? Anak kecil ini masih perlukan pelukkan dan kasih sayang ibunya.



Dalam masa sama, Yazmin memaklumkan Fara tidak berputus asa mencari putera bongsunya walaupun masih gagal dihubungi sehingga kini.

“Malah, ketika hari raya baru-baru ini isterinya juga cuba menghubungi dia namun panggilan tidak dijawab.

Pada 12 Mac lalu, Ippo memfailkan tuntutan nusyuz terhadap Fara di Mahkamah Rendah Syariah Ampang selepas wanita itu tidak pulang ke kediaman mereka sejak November tahun lalu.

Bagaimanapun, isterinya tidak hadir ke prosiding tersebut dan mereka perlu datang ke mahkamah pada 23 April ini.



Terdahulu, Ippo dan Fara mendirikan rumah tangga pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button