Pemandu lori diarah menjalani pemeriksaan mental

Oleh – Syeikh Baran


Pemandu lori diarah menjalani pemeriksaan mental
Nathan ketika dibawa polis ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini. -Foto SADDAM YUSOFF

Pemandu lori yang membunuh kekasihnya dengan menolak kekasihnya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam, Februari lalu diperintahkan menjalani pemeriksaan mental selama sebulan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Perintah tersebut dikeluarkan Majistret Mohamed Redza Azhar Reza Rezali selepas membenarkan rayuan daripada Peguam Sivahnanthan Ragava yang mewakili tertuduh, V. Nathan, 37 pada prosiding sebutan semula kes hari ini.



Menurut Sivahnanthan, beliau sebelum ini sukar menerima arahan daripada anak guamnya selepas dipercayai kesan pendarahan kepala daripada kemalangan motosikal pada tahun 2018 lalu.

“Saya khuatir kalau dia tidak fit (berupaya) untuk perbicaraan atau apa yang berlaku dalam penjara.

“Jadi mohon hantar hospital psikitari sebagai pemerhatian. Kalau dia fit, perbicaraan boleh dijalankan seperti biasa,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farah Sofea Norazman tidak membantah permohonan dibuat pembelaan.



Berdasarkan pertuduhan, Nathan didakwa membunuh seorang wanita warga Thailand, Mawika Laumyai, 32, di sebuah kondomium di Setia Alam kira-kira pukul 10.02 malam pada 28 Februari lalu.

Dia dakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 23 selepas ditolak kekasihnya dalam kejadian di sebuah kondominium di Setia Alam, di sini.

Dalam kejadian pukul 10.08 malam, 28 Februari lalu itu, mangsa yang merupakan warga Thailand berusia 32 tahun dijumpai dalam keadaan tertiarap di tingkat tujuh kondominium berkenaan.



Difahamkan, semasa kejadian, suspek yang merupakan warga tempatan berada di bawah pengaruh dadah.

Suspek bagaimanapun berjaya ditahan di lokasi kejadian kira-kira lapan minit kemudian.

Sumber – KOSMO! ONLINE




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading