Mahathir Dakwa Muhyiddin Ada 2 Personaliti
“Muhyiddin Sambil Baca Doa, Dia Tekan Orang” – Tun Mahathir
Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Mahathir mendakwa Presiden PPBM mempunyai 2 personaliti.
Dalam satu temubual oleh KiniTv, Mahathir menegaskan Tan Sri Muhyiddin Yassin seringkali menolak jawatan Perdana Menteri ketika masih mereka masih bersama.
Bagaimanapun Mahathir dalam kenyataan menjangkakan akan ada tindakan terhadapnya namun beliau telah bersedia jika ada sebarang tindakan dikenakan.
“selalu dia kata…saya (Muhyiddin) taknak jadi Perdana Menteri, saya taknak jadi Perdana Menteri tapi di belakang dia pi mintak sokongan” – Mahathir
Mahathir menarik perhatian apabila secara terbuka mengkritik Tan Sri Muhyiddin dalam satu video. Beliau turut memberi 13 poin mengapa mengkritik Muhyiddin.
Dalam satu temubual lain, Mahathir mengakui masih sayangkan Umno dan mempertimbangkan untuk kembali ke pangkuan Umno. Bagaimanapun beliau meletakkan syarat untuk kembali.
Respon awal daripada ahli Umno pula menolak kehadiran Mahathir. Banyak komentar, hujah dan perdebatan berlaku dalam media sosial mengenai hasrat Mahathir.
Presiden Umno pula memberi reaksi yang dilihat selari dengan 3 juta ahli Umno. Manakala Dato Sri Najib pula memberitahu, Mahathir boleh kembali namun beliau pula harus menerima dasar Umno tanpa meletakkan apa apa syarat.
Secara sinis itu adalah isyarat bahawa Umno sukar menerima kembali Mahathir setelah apa yang beliau lakukan terhadap Umno, kepimpinan serta ahli Umno itu sendiri.
Perseteruan Mahathir – Muhyiddin dijangkakan akan memuncak kerana Perikatan Nasional hanya bergantung kepada majoriti tipis. Benarkah perseteruan ini wujud atau ia sudah diskripkan?
Persoalan ini hanya akan terjawap apabila Parlimen dibenarkan bersidang semula.
Zahid Lebih Baik Dari Muhyiddin