Zahid Lebih Baik Dari Muhyiddin

Nak pilih ketua kena yang setia dan kesetiaannya bukan membuta tuli. Nak pilih pemimpin kena cari yang tidak tikam kawan. Nak cari Perdana Menteri bukannya yang kaki menipu. Itu formula nak cari seorang ‘imam’ yang mampu membawa jemaah tanpa perlu retorik dan bersandiwara.

Apa lebihnya Muhyiddin? Anda boleh menilai sendiri sejak beliau dipilih oleh wakil rakyat parlimen dari blok pembangkang asalnya. Muhyiddin bukan dipilih oleh rakyat. Muhyiddin mengambil alih kedudukan dari Mahathir yang meletak jawatan sebagai perdana menteri dan kemudiannya dari jawatan parti.

Mahathir ada mendakwa bahawa beliau tertipu yang menyebabkan beliau letak jawatan. Tidak pasti yang mana satu kebenarannya. Mahathir ditipu atau dia cuba menipu tetapi tertipu dengan langkah sumbangnya sendiri.



Muhyidin kelihatan seperti lupa diri. Beliau hanya menjalankan amanah sebagai Perdana Menteri lantikan ahli parlimen sahaja dan bukannya sebagai mewakili parti yang menang majoriti kerusi di parlimen. Perlantikan beliau hanya dengan perkenan Yang di Pertuan Agong supaya tidak berlaku kemelut PRU mengejut di atas tindakan Mahathir yang masih menjadi misteri hingga kini.

Rakyat tidak lupa apa yang Muhyiddin lakukan ketika beliau bersama Mahathir dan DAP. Malah sehingga saat ini Muhyiddin gagal lari dari ‘bau’ Mahathir. Bercakap tetapi tidak bertindak. Bertindak tetapi tidak seperti yang dicakapkan.

Rakyat sedang menilai dan terlalu banyak ketidakmampuan Muhyiddin untuk memacu negara. Kebergantungan beliau hanya dengan ‘kuasa PM’ tidak menunjukkan karisma beliau sebagai pemimpin nombor wahid negara.

Banyak kes ‘integriti’ yang melibatkan pemimpin politik nampaknya sepi sahaja. Inikah perdana menteri Malaysia yang rakyat inginkan?



Sepanjang Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, apa yang beliau buat untuk rakyat dan negara? Covid19 bukan satu alasan negara tidak boleh mencapai taraf ekonomi ‘Harimau Asia’.

Jauh lebih baik Zahid Hamidi, cemerlang mentadbir parti politik terbesar di Malaysia tanpa memegang apa-apa jawatan di dalam kerajaan. Kes mahkamah yang beliau hadapi belum bernoktah. Ramai musuh mula bermain persepsi kononnya yang terkait dengan mahkamah wajar mengundur diri. Mahkamah belum membuat keputusan namun barua politik pro dap mula mendoktrin bahawa imej sudah tercalar.

Anwar, siapa tidak tahu di mana pengakhiran kes beliau meliwat stafnya sendiri. Namun si barua pro dap cuba mengelak dari membuat perbandingan kes yang sedang dibicara dengan kes yang sudah mendapat keputusan mahkamah.

Lupakah rakyat, SD dari suami Nika Gee kenapa mereka bercerai? Lupa?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button