SPRM kesan lelaki untuk bantu siasatan kes penyamaran, pemalsuan dokumen
19/02/2021 11:51 PM
KUALA LUMPUR, 19 Feb — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pemalsuan dokumen dan menyamar sebagai pegawai kanan SPRM.
Individu itu dikenali sebagai Mohd Nazim AG Abdullah, 45, dan beralamat terakhir di No 1, Lorong 4/3B, Taman Bukit Sepanggar, 88450 Kota Kinabalu, Sabah.
Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai lelaki itu diminta menghubungi pegawai penyiasat Penguasa Rajin Masran di talian 016-881 7679 atau 088-488 381 atau e-mel kepada rajin.