Bayi tujuh bulan rentung, bapa melecur seluruh badan

Bayi tujuh bulan rentung, bapa melecur seluruh badan

Bayi tujuh bulan rentung, bapa melecur seluruh badan
Bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama kedua ibu bapanya melanggar tiang lampu sebelum terbakar di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi. – Foto Bomba

KOTA BHARU: Bayi perempuan berusia tujuh bulan maut selepas kenderaan yang dinaiki bersama kedua ibu bapanya melanggar tiang lampu sebelum terbakar di hadapan sebuah bank di Jalan Gua Musang-Kuala Krai, awal pagi tadi.

Mangsa, Wan Sabeena Arisha Wan Shahrizat ditemui rentung berhampiran kenderaan Honda Jazz berkenaan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd Fadzil Musa, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.04 pagi berhubung kemalangan jalan raya di lokasi berkenaan.



“Kemalangan itu membabitkan kereta Honda Jazz yang terbabas dan melanggar tiang lampu sebelum kenderaan dinaiki tiga beranak itu terbakar.

“Pemandu yang juga bapa bayi berkenaan, Wan Shahrizat Azwan Wan Shahril, 28, cedera parah akibat melecur seluruh tubuh manakala, isterinya, Nur Hasidah Razmi, 25, cedera ringan.

“Anak mereka ditemui rentung berhampiran kereta terbabit,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Mengulas lanjut katanya, mayat bayi berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya manakala kedua-dua mangsa yang cedera sudah diserahkan kepada pihak hospital untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.



Bayi tujuh bulan rentung, bapa melecur seluruh badan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin bakal jadi Presiden ‘Geng Takut Bini’?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading