KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low

KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low

KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, yakin pihak PDRM dibawah pimpinan beliau akan dapat membawa pulang Jho Low tidak lama lagi.

“Kalau Jasmine Loo pun kita boleh bawa balik, masa saja akan menentukan”.

“PDRM tak pernah berhentikan apa-apa siasatan kita,” katanya pada sidang media di Bukit Aman.



Jasmine Loo ditahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan, berkaitan dengan jenayah pecah amanah oleh penjawat awam atau ejen.

Loo ialah bekas pengarah eksekutif strategi kumpulan 1MDB.

Beliau dikatakan berada dalam lingkungan kenalan rapat Jho Low.

“Saya tak akan cerita dengan kamu di mana Jho Low berada”.



“Saya juga tidak pernah cakap Jasmine Loo dekat mana, tapi kita ambil dia,” ujar beliau.

Termasuk Razarudin, sudah 3 orang Ketua Polis Negara memberikan komitmen dan janji yang sama untuk membawa pulang Jho Low.

Tetapi hingga ke hari ini, Jho Low masih lagi bebas menikmati kehidupan mewah di luar sana bersama-sama rakan jenayah beliau seperti Nik Faisal.

Sedangkan mangsa konspirasi jenayah mereka, DS Najib, kini sudah hampir 11 bulan berada di penjara Kajang.



Adakah komitmen dan janji yang diberikan oleh Razarudin hanya sekadar menanam tebu di tepi bibir?

Sama seperti rakan sejawatan beliau sebelum ini?

Sebagai rakyat penulis ingin melihat keadilan didaulatkan semula di bumi ini.

Penulis berharap Razarudin tahu dan sedar apa yang beliau ucapkan.



Ini bukan hanya berkenaan keadilan untuk DS Najib.

Tetapi jauh lebih besar dari itu, ini adalah berkenaan Kedaulatan Undang Undang di bumi ini.

Rakyat sudah bosan dengan jaminan dan janji yang diberikan.

Apa yang mahu rakyat lihat adalah ianya dilaksanakan dengan segera.



Tidakkah kita bersimpati dengan DS Najib yang telah hampir setahun menjadi mangsa konspirasi jenayah Jho Lo dan pemimpin tertentu?

Atau kita merasa selesa melihat kezaliman berlegar di hadapan mata kita?

 

KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading