Sekali Silap, Bukan Selamanya Silap- PRU 15 Boleh Mengubahnya

Rasanya tiada yang tertinggal dan tiada yang terpinggir dalam menikmati kemakmuran Negara pada zaman kerajaan  Barisan Nasional memerintah.. Dari golongan kaya sehingga ke golongan miskin dan juga  dipendalaman. Asalkan namanya rakyat Malaysia dalam kepelbagaian bentuk skim dan bantuan serta pembangunan yang bersesuaian diberikan kepada rakyat.

Nikmat apakah yang mampu rakyat Malaysia dustakan dengan sebuah kerajaan yang amat telus dalam pembahagian dan perkongsian hasil Negara yang telah diagihkan dengan  mengikut golongan yang sepatutnya diterima.

Tetapi dengan kemakmuran ini ada dikalangan rakyat yang amsih cuba menafikan nikmat dan kemakmuran yang mereka terima, ada diantara mereka sanggup membakar dan menyalakan api kehancuran kepada Negara hanya kerana perkara yang sememangnya perlu dilakukan.



Sikap tamak dan haloba mula menguasai diri sebilangan rakyat yang mula kufur nikmat yang dikecapi dan mahukan segalayang ada di Malaysia ini diberikan secara percuma tanpa  memikirkan dari mana sumber yang bakal diambil oleh kerajaan untuk tujuan itu.

Hasutan demi hasutan dilakukan oleh golongan yang tamak ini tanpa memikirkan nasib rakyat dikampung dan pendalaman apabila kepincangan yang dilakukan dahulu diolah semula dan meminggirkan hak hak rakyat yang sepatutnya dikecapi sekian lama.

Bertitik tolak dari itu dan kekuatan sepotong ayat dari Al- Quran , Kerajaan dibawah kepimpinan Najib Razak terus melaksanakan dalam apa cara sekali pun untuk memastikan rakyat yang berhak  terus menikmati  perkongsian hasil Negara bersama.

Allah s.w.t. berfirman dalam kitab suci al-Quran bermaksud: ‘ Manusia diperintah Allah untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya (QS. 4 : 58),



Meski pun demikian, walaupun terdapatnya tentangan terhadap perlaksanaan pelbagi skim kerajaan untuk rakyat. Najib Razak sebagai saorang  Perdana Menteri terus melkasanakannya dalam kepelbagaian cara.

Najib Tun Razak dahulu telah melancarkan Skim untuk semua rakyat menikmati hasil Negara bersama. Dari anak kecil yang baru lahir hingga ke saorang warga emas, dari saorang belia kepada usahawan, dariui usahawan ke koporat semuanya ada didalam  perkongsian hasil Negara.

Maka dengan itu sebuah kerajaan yang adil tanpa memikirkan pelbagaian kaum dan bangsa akan melakukan pengagihan hasil dengan adil. Tetapi sesetengah pihak masih tidak memahaminya dan mungkin ada yang sengaja ingin buat tidak faham akan soal ini.

Ramai diantara mereka terutama pihak pembangkang di Malaysia mempertikaikan dasar kerajaan yang membuat agihan hasil Negara kepada rakyat. Ada juga yang menyangkal dapat menikmatinya dengan menafikan segalanya.



Pakatan yang sedang memerintah dalam dua buah negeri di Malaysia  telah gagal sebagai sebuah kerajaan negeri dalam memastikan perkongsian hasil negeri kepada rakyatnya. Kegagalan yang dilihat sebagai salah satu kelemahan system yang diamalkan.

Amalan dasar yang lemah dan hilang hala tuju serta salah guna kuasa oleh kerajaan DAP Mahathir telah menyebabkan berlakunya agihan tidak betul dalam sumber negeri yang terhad dan tidak mempberikan impak kepada rakyat.

Malah Kerajaan DAP Mahathir menumpukan kepada pemberian manfaat kepada mereka yang mempunyai hubungan serta kaitan politik, sementara kebanyakan rakyat yang lebih memerlukan terus diketepikan.

Hasilnya rakyat hanya mampu melihat setiap pembangunan yang dilakukan tanpa dapat menikmatinya. Dasar Mahathir DAP amat jelas menidakkan hak hak rakyat. Penindasan terancang ini diarahkan kepada rakyat.



Sedangkan pada masa yang sama mereka langsung tidak membantu usaha kerajaan yang terdahulu dalam memakmurkan Negara ini. Tugas mereka ialah hanya untuk mengagalkan segala yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk rakyat.

Jika dahulu pada zaman 22 tahun memerintah, setiap pembinaan yang dilakukan , rakyat terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk menikmati dan memberikan kekayaan kepada pihak konsesi yang telah dilantik.

Demi kuasa- Malaysia dihancurkan oleh Mahathir dan Muhyiddin



Dasar Ekonomi Baru telah ditamatkan pada tahun 1991. Sebagai langkah alternatifnya dua pendekatan diambil yang diharap akan dapat membawa kepada satu perubahan yang adil dan saksama bagi semua pihak iaitu pendekatan menyusun semula masyarakat dan membasmi kemiskinan.

Sedikit atau banyaknya pangagihan sumber itu bergantung kepada keperluan yang terpenting dahulu dan keperluan rakyat yang mesti dilaksanakan demi memastikan  rakyat menikmatinya. Sikap bertoleransi ini telah memberikan impak  kerjasama erat diantara kaum.

Hal ini dapat dibuktikan lagi apabila  dalam Rancangan Malaysia ke 9 dahulu, hal hal yang berkaitan dengan kepentingan bumiputera, kepentingan Melayu, hasil keputusan jemaah menteri yang dalamnya ada wakil-wakil bukan dari UMNO, hasil yang diluluskan oleh Parlimen yang terdiri bukan hanya daripada orang Melayu sahaja.

Jadi, apa yang berlaku sekarang di Malaysia ialah sikap bahu yang mengalas amanah dan bagaimana keikhlasan untuk melaksanakan atas nama rakyat. Bukan atas nama kepentingan individu yang membebankan rakyat atas nama kuasa dan jawatan yang disandang.



Demografi penduduk dalam negara kita ini memerlukan kita berfikir dan memutuskan bahawasanya sebaik kerajaan yang mempunyai kekuatan mestilah berupa kerajaan berkongsi kuasa seperti Barisan Nasional.

Jadi apa sebenarnya yang telah berubah? Anda hanya menukar kerajaan yang dominan Melayu kepada kerajaan yang dikuasai oleh orang-orang bukan Islam hanya kerana urusan isu yang bukan hak anda untuk menyelesaikannya

Hasilnya sedang nada semua kecapi dan rasai apabila Mahathir dan DAP berkuasa. Menyesal? Taiada gunanya lagi apabila anda bernaggapan menukar kerajaan semudah menukar baju. Natijahnya bukan setahun  atau dua tahun.

Apa yang sebenarnya telah berlaku adalah anda telah dijadikan kayu mata kapak untuk menebang pokok kayu. Anda telah dipergunakan oleh orang-orang bukan Islam untuk menguasai negara ini. Hnaya kerana sifat terhasut anda dengan persepsi dan anda meyerahkan Negara ini kepada golongan kapitalis.

Kenapa begitu? Apakah kebaikan perjuangan anda itu selain menjatuhkan kerajaan yang anda dakwa menyeleweng, sedangkan dalam sudut yang lebih luas, anda telah membenarkan orang-orang bukan Islam lebih berkuasa di negara ini.

Tidak salah kalau dikatakan bahawa sebenarnya penyokong Melayu telah diperdayakan oleh harapan palsu. Anda telah dibutakan oleh emosi kebencian anda yang ditanam oleh pembangkang setiap hari. Ia hanya seperti mengulangi kisah jenaka Pak Kaduk yang bersorak ayam laganya menang, tetapi lupa ayamnya telah ditukar.

Jalan pilihan yang pertama dan terakhir adalah muafakat antara kaum dan sebaik-baik muafakat antara kaum yang terbukti kejayaannya adalah muafakat dalam Barisan Nasional. Masihkah kita mahu lagi sebuah kerajaan yang mengamalkan dasat pensawastaan dan persyarikatan Malaysia dimana beban kerugian kerajaan melalui projek ditanggung oleh rakyat.

Justeru itu, jangan kufuri nikmat yang dikecapi, bersyukur dan setiap nikmat dan kemakmuran yang dikecapi itu adalah hasil dari pemerintahan yang bijak dan melakukan agihan nikmat yang diberikan Allah kepada rakyatnya.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button