NMPA lulus ujian klinikal 16 jenis vaksin
21/02/2021 04:58 PM
BEIJING, 21 Feb — Pentadbiran Produk Perubatan Negara (NMPA) China pada Jumaat memaklumkan, terdapat 16 jenis vaksin COVID-19 keluaran negara ini sudah diluluskan untuk menjalani ujian klinikal, enam daripadanya berada dalam fasa ketiga.
Terdahulu, pemasaran dua vaksin yang dihasilkan Kumpulan Farmaseutikal Nasional China (Sinopharm) dan Sinovac Biotech telah diluluskan secara bersyarat, masing-masing pada 30 Disember 2020 dan 5 Februari tahun ini.
Menurut undang-undang berkenaan China, NMPA boleh meluluskan secara bersyarat permohonan pendaftaran vaksin yang diperlukan bagi menghadapi kecemasan kesihatan awam kritikal.
Pada masa sama, syarikat terbabit diwajibkan menyelesaikan ujian klinikal fasa ketiga vaksin berkenaan seperti dirancang serta penyelidikan selanjutÂnya selepas vaksin dipasarkan.
Dua vaksin yang telah dipasarkan itu dihasilkan dengan menggunakan teknologi menyahaktifkan virus.
Ketua kumpulan kerja penyelidikan dan pembangunan vaksin China, Zheng Zhongwei menyatakan keselamatan dan keberkesanan adalah dua penunjuk paling penting untuk menilai sesebuah vaksin.
Vaksin menyahaktifkan virus telah digunakan puluhan bilion orang dalam lebih seratus tahun lalu. Keselamatan dan keberkesanannya sudah melalui ujian masa dan dibuktikan secara saintifik.
Empat kaedah lain juga digunakan China untuk membangunkan vaksin, masing-masing berasaskan protein rekombinan, vektor adenovirus, vektor virus influenza teratenuat serta MRMA.
Setakat 9 Februari, seramai 40.52 juta rakyat China sudah disuntik vaksin.
Thailand minta Sinovac sediakan lebih banyak data ujian klinikal