ADUN Sebatik: Pemimpin, ahli keluar parti kerana hilang keyakinan – Bung Moktar


Datuk Seri Bung Moktar Radin

25/02/2021 11:12 PM

KOTA KINABALU, 25 Feb — Sudah menjadi lumrah pemimpin atau ahli memilih untuk keluar parti kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan atau perjuangan parti, kata Timbalan Pengerusi I Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata perkara ini tidak terkecuali dalam tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Hassan A Gani Pg Amir daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) yang mengumumkan keluar parti hari ini dan menyokong kerajaan negeri pimpinan GRS.



“Pemimpin dan ahli parti akan keluar jika hilang keyakinan kepada pemimpin dan perjuangan partiā€¦ kita tidak tahu ke arah mana YB (Yang Berhormat) ini, kita tunggu dan lihat dulu,” katanya ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi Whatsapp hari ini.

Bung Moktar, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, berkata parti itu mengalu-alukan Hassan A Gani sekiranya beliau memilih untuk menyertainya, bagaimanapun prosedur kemasukan ke dalam parti perlu dipatuhi.

Hassan A Gani, dalam temu bual dengan Bernama, hari ini mengumumkan keluar Warisan atas alasan parti itu masih mengutamakan politik berbanding kesejahteraan rakyat.

Susulan tindakan Hassan A Gani menyokong GRS, gabungan itu yang dianggotai parti komponen Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah kini memiliki sokongan 48 ADUN daripada keseluruhan 79 ADUN negeri tersebut.



ADUN Sebatik umum keluar Warisan, jadi ADUN bebas sokong GRS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button