Enam rumah chalet buluh musnah terbakar


Kredit: Bomba

27/02/2021 11:25 PM

SEREMBAN, 27 Feb — Enam rumah chalet buatan buluh di Jalan Rantau, Sungai Gadut, Kampung Ulu Lalang, Rantau, di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rantau Mohd Izzuwan Abd Rahim berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 3.34 petang.



“Chalet berkeluasan 20×30 kaki persegi itu adalah jenis separuh kekal yang mana ia diperbuat daripada buluh, api yang marak menyebabkan ia terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terlibat dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada 4.01 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Menurut Mohd Izzuwan, 21 anggota dari BBP Rantau, Senawang dan Rembau bersama tiga jentera dan sebuah kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan terlibat dalam membantu memadam kebakaran.



Dikecam Gel4r Lisa ‘Blackpig’, Janna Nick Tutup IG & Twitter?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button