Surat ‘SULIT’ Tersebar, PPBM Main ‘Wayang Pacak’?
Bagaimana Surat ‘SULIT’ Umno Tersebar, Mengapa PPBM Jadi ‘Gelabah Puyuh’?
Semalam tersebar surat bertanda ‘SULIT’ daripada Presiden Umno Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi kepada YAB Perdana Menteri memaklumkan keputusan mesyuarat MKT UMNO.
Samada kebetulan atau disengajakan, semalam UMNO beroleh kemenangan di Mahkamah berkaitan permohonan pengharaman parti yang difailkan 16 bekas ahli Umno.
Secara tiba-tiba pula surat ‘SULIT’ Umno tersebar di media sosial.
Dalam ‘Surat Sulit’ tersebut turut dinyatakan mengenai kerjasama Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
- tiada kerjasama dengan PPBM dalam PRU15
- Umno berpendapat, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional boleh diteruskan sehingga pembubaran parlimen
Bagaimana surat bertanda ‘SULIT’ dan hanya untuk pengetahuan Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh tersebar di media sosial? Siapa dan mengapa ia disebarkan kepada umum?
Kebetulan semalam Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mempersoalkan kesahihan surat berkenaan dan menaikmuat pertanyaan di media sosial.
Agak menarik apabila Annuar mempersoalkan keputusan MKT yang beliau katakan sebagai melangkau kata putus dalam yang sepatutnya dibahaskan dalam Persidangan Agung UMNO.
PPBM pula membalas surat ‘SULIT’ Umno bila mahu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keputusan MKT Umno petang ini.
Agak pelik apabila PPBM dilihat kelam kabut dengan keputusan MKT Umno tempohari. Mengapa perlu ‘Gelabah Puyuh’ jika yakin dengan sokongan majoriti di Parlimen?
2 ahli parlimen telah menyatakan sokongan kepada Muhyiddin baru-baru ini. Julau dan Tebrau masing-masing dari PKR telah menyerahkan akuan bersumpah dan ini memberi kelebihan kepada Muhyiddin di parlimen kelak.
Kemelut ini pasti menarik perhatian ramai pemerhati politik Malaysia. Semalam juga pengumuman mengenai sidang parlimen diumumkan oleh Menteri bertanggungjawab.
Jawapan Menteri pula mengundang pelbagai persepsi dan sinis rakyat terhadap kerajaan sediada.
Dedah Surat Sulit Untuk Popular, Amanah Di Ketepikan?