Wanita ‘belasah’ bekas suami kerana hutang ditahan

Wanita ‘belasah’ bekas suami kerana hutang ditahan

Wanita 'belasah' bekas suami kerana hutang ditahan
Wanita ‘belasah’ bekas suami kerana hutang ditahan

AMPANG JAYA: Tindakan wanita memukul dan mencederakan bekas suaminya termasuk menggunakan hulu pengikis simen kerana mahu menuntut hutang RM87,000 di Bukit Indah, Ampang Jaya, mengundang padah apabila ditahan polis semalam.

Wanita berusia 38 tahun itu yang juga suspek ditahan di Ampang, malam tadi selepas bekas suaminya berusia 28 tahun membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisiner Mohd Azam Ismail berkata sebelum kejadian bekas suami wanita terbabit sedang mengemas rumah sewa mereka sebelum diserahkan kepada pemilik rumah.



“Mangsa dan suspek dilaporkan bercerai pada 11 Julai lalu dan mempunyai seorang anak perempuan berusia satu tahun tujuh bulan.

“Suspek dilaporkan datang ke rumah sewa dan memarahi bekas suaminya disebabkan hutangnya berjumlah RM87,000 daripada suspek.

“Suspek kemudiannya terus menumbuk bibir dan mengetuk kepala bekas suaminya dengan hulu pengikis simen selain menendang mangsa di bahagian perut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata pihak polis sedang mendapatkan permohonan reman di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.



“Pihak polis sedang menjalankan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga dan jika disabit kesahan boleh dipenjara selama tempoh sehingga setahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman berkenaan.

Wanita ‘belasah’ bekas suami kerana hutang ditahan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading