Sampai Bila Kita Mahu Di Tunggang Oleh Penunggang Agama

Sampai Bila Kita Mahu Di Tunggang Oleh Penunggang Agama

Sampai Bila Kita Mahu Di Tunggang Oleh Penunggang Agama

13 Mei 1969, negara mencatatkan satu sejarah hitam apabila berlaku rusuhan kaum antara bangsa Melayu dan bangsa Cina.

Punca kepada Tragedi 13 Mei adalah kerana sikap ahli politik parti Gerakan yang cauvanis.

Meraikan kemenangan pilihanraya dengan membuat provokasi melalui perarakan kemenangan mereka.



Ribuan jiwa terkorban, jutaan harta benda musnah kerana sikap ahli politik populis yang tidak bertanggungjawab.

Siapakah yang memberikan mereka kekuatan dan kuasa?

Kita rakyat yang memberikan mereka undi di dalam pilihanraya yang diadakan.

Dalam artikata lain, sekiranya kita menganggap hanya politikus tersebut sahaja yang bertanggungjawab, maka kita silap.



Hakikatnya, kita juga bertanggungjawab, kerana tanpa undi dari kita, mereka tidak akan ada kuasa dan besar kepala.

Politikus Desperado Muncul Kembali

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Kini politikus desperado yang mahu mengekalkan kuasa telah muncul sekali lagi.



Kali ini mereka lebih sadis dan lebih berani.

Tidak hanya bersikap cauvanis dengan menunggang bangsa, malah mereka berani menunggang agama.

Ketika berkempen, mereka merasakan seolah-olah, syurga dan neraka itu adalah milik mereka.

Hanya mereka yang layak menentukan siapa yang akan masuk ke syurga dan siapa yang akan dihumbankan ke dalam api neraka.



Malah, mereka juga merasakan bahawa di tangan merekalah terletaknya kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu beriman atau tidak.

Cuba kita tanya mereka, apa jasa mereka terhadap Islam sehingga mereka merasan layak untuk mempunyai perasaan begitu?

Mereka mengaku sebagai pejuang bangsa Melayu, prihatin dengan nasib bangsa Melayu dan pelbagai lagi.

Namun dalam masa yang sama, mereka lupa kepada peringatan nenek moyang bangsa Melayu bahawa pantang Melayu derhaka pada raja.



Melayu apa yang mereka perjuangkan kalau raja mereka tipu dan hina serta titah raja mereka perlekehkan?

Islam apa yang mereka perjuangkan kalau nama mulia Rasulullah SAW pun mereka tunggang!!!

Ingatlah, tidak akan gugur syahadah kita sekiranya kita tidak menyokong mereka.

Belum tentu kita akan dihumban ke dalam api neraka hanya kerana kita tidak bersama mereka.



Sedangkan mereka sendiri belum ada jaminan untuk masuk ke syurga Allah SWT.

Gunakanlah akal yang waras serta kita hendaklah bersikap rasional.

Bukankah Allah SWT mengurniakan kepada manusia akal.

Haiwan mempunyai otak tetapi tidak mempunyai akal dan akal yang membezakan antara manusia dengan haiwan.

Jangan lagi dibiarkan diri kita ditunggang oleh politikus penunggang agama.

 

Sampai Bila Kita Mahu Di Tunggang Oleh Penunggang Agama

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button