TAHNIAH – YATT HAMZAH BAKAL TIMANG ANAK KE-6 JULAI DEPAN

“Alhamdulillah kehamilan ke-6 pada usia 40 tahun. Alhamdulillah… Allah bagi sihat, kuat dan cergas walaupun kadang-kadang tak larat dan asyik sakit pinggang saja. Hello lil baby, Insya-Allah bonda, abah and all your sisters will see you in July ya, stay strong and healthy, Amin,” demikianlah kata pelakon Yatt Hamzah menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Dalam entri tersebut, Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah mengesahkan dia kini sedang hamil lima bulan, selepas mengalami keguguran cahaya mata kelima pada September tahun lalu.

Dalam masa sama, Yatt berharap keadaan dirinya terus kuat biarpun kadangkala berasa lemah serta berdepan masalah sakit pinggang. Bersyukur atas kurniaan Allah, Yatt memberitahu dia, suami dan anak-anak berasa teruja menantikan kehadiran ahli keluarga baharu yang dijangka lahir pada Julai depan.



Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg

Ruang komen di perkongsian foto Yatt itu dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen dan rakan selebriti yang turut mendoakan agar segala urusan aktres itu dipermudahkan.

Terdahulu, pada 16 September tahun lalu, Yatt telah berkongsi berita sedih apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan. Menurut Yatt, pada awalnya dia muntah-muntah dan cirit-birit selepas menikmati makan malam di sebuah restoran ikan bakar di Melaka, sehari sebelum kejadian itu berlaku.



Dalam pada itu, biarpun masih belum mengetahui jantina bayi yang dikandungnya itu, Yatt berkata, dia menerima dengan reda sama ada lelaki atau perempuan.

Image_3.jpg

“Perut makin besar, pipi makin bulat, mata makin kecil. Pada usia kandungan 20 minggu (lima bulan) patutnya dah boleh tahu jantina baby kan? Rasa-rasanya baby girl lagi atau baby boy kali ini? Apa-apa pun Allah bagi bonda okay saja… Alhamdulillah, tak tahulah abahnya,” ujar Yatt lagi.

Untuk makluman, Yatt mendirikan rumah tangga dengan juruvideo, Mohamad Zulfahdli Khairuddin pada Februari 2016 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Suci Humaira Iqima, 5, Suci Hayfa Medina, 3 serta Suci Hawa Zulaikha yang kini berusia setahun.



Pelakon yang bakal genap usia 41 tahun pada 13 April ini juga mempunyai seorang lagi anak, Suci Hanania Malika, 9, hasil perkahwinan sebelum ini dengan Abdul Mutalib Shukor.

Image_4.jpg

Image_5.jpg

Image_6.jpg



Image_7.jpg

Image_8.jpg

Image_9.jpg

Image_10.jpg



DOBI SUAMI YATT BERLAKU KECURIAN: “DIPERCAYAI MENCURI SATU BAKUL BESAR PAKAIAN”

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button