USTAZ KAZIM ELIAS TAMPIL NASIHAT – ALICIA AMIN BANTAH TINDAKAN KECAM SAJAT, UGUT BUNUH

Semua sedia mengetahui mengenai isu usahawan kosmetik Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman yang ketika ini hangat diperkatakan.

Baru-baru ini, pendakwah terkenal iaitu Datuk Ustaz Kazim Elias tampil menasihati orang ramai untuk menegur dan menasihati saudara Islam dengan baik dan beradab.

Perkara itu adalah berkaitan isu Sajat menerima pelbagai tohmahan di media sosial baru-baru ini hingga menerima ugutan bunuh. Sajat pada Selasa berkongsi sebuah video seakan-akan mengatakan dia mahu keluar dari agama Islam.



“Bukanlah hak kita untuk menghukum orang kerana kita adalah dai (pendakwah) yang mempunyai tanggungjawab untuk meneruskan dakwah. Tegurlah dia dengan berhikmah kerana kita juga tak tahu bagaimana pengakhiran kita nanti, hendaknya kita juga diberikan hidayah.

“Lebih baik netizen menggunakan media sosial untuk perkara baik, jangan pula nanti pihak-pihak lain menuduh Islam sebagai agama ganas dan tiada toleransi disebabkan tindakan seperti ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo.

Klik untuk gambar besar

Image_2.jpg



Pada masa yang sama, Ustaz Kazim turut menasihati Sajat agar menerima kenyataan dengan hati terbuka dan bertaubat selagi punya kesempatan.

Ustaz Kazim juga menasihati usahawan itu untuk kembali kepada fitrah sebenar dirinya sebagai seorang lelaki, bukan wanita atau khunsa.

Sementara itu, model dan pelakon Alicia Amin juga tampil menyuarakan pendapatnya berhubung isu terbabit. Menurut Alicia, dia membantah tindakan orang ramai yang mengecam hingga megugut untuk membunuh Sajat.

“Saya pertahankan hak asasi manusia, mana boleh suka hati nak bunuh orang, benda tu boleh masuk penjara kan? Anda boleh setuju atau tidak bersetuju dengan gaya hidup atau keptusan seseorang tetapi belajarlah jadi manusia.



Image_3.jpg

“Tak kiralah apa bangsa, agama atau jantina seseorang, semua orang berhak memiliki hak asas, Sajat tak cabul orang atau curi duit rakyat, Sajat takda pertuduhan rogol, Sajat buat hal sendiri dan orang ugut untuk bunuh dia,” tulisnya di laman Instagram Story miliknya.

Alicia turut menjelaskan, dia bukanlah menentang Islam, sebaliknya dia menentang amalan ‘double standard’ dan ugutan bunuh: “Saya bukan menentang tentang Islam, saya menentang ‘double standard’ dan ugutan bunuh,” ujarnya lagi.

Dalam video Sajat yang tular itu, dia meluahkan hasrat seolah-olah mahu menukar agama selepas mendakwa kecewa dengan tindakan orang sekeliling dan kejadian yang menimpa dirinya.



Difahamkan, pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum ini mengesan Sajat bagi melaksanakan waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selasa lalu.

“Ustaz Kazim Dih!na,” Peminat K-p0p ‘Backvp’ & Vir4lkan #pr0tectustazkazimelias



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button